“Saya Tak Gila Kuasa” – Hamidin Akan Lepaskan Jawatan Bila Tiba Masanya

Hamidin Mohd Amin

Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melepaskan kerusi nombor satu badan induk tersebut apabila masanya sudah tiba nanti.

Jelas Hamidin, beliau bukannya ‘gila kuasa’ untuk menjadi seseorang yang mahu memimpin FAM selama tempoh 30 tahun seperti yang dipandang oleh para penyokong bola sepak.

Menurut beliau, berikutan mahu memastikan organisasi bola sepak utama negara itu dalam keadaan yang terbaik, Hamidin tidak boleh mengambil sikap ‘lepas tangan’ begitu sahaja sebelum bersara.

“Saya bukan nak duduk 30 tahun dekat sini FAM. Saya fokus buat kerja dan saya tak takut. Sebab itu saya ke sini. Saya boleh tinggalkan FAM, tetapi FAM akan rosak buat ketika ini dan selepas itu akan bermasalah lagi.

“Saya akan pergi, masa itu orang tak tahu masa bila saya akan pergi. Dalam keadaan seperti ini, sebagai ketua mana boleh (tinggalkan FAM).

“Lagipun hanya kalah pasukan kebangsaan, bukan ada masalah kewangan atau masalah itu, masalah ini,” katanya kepada Harian Metro.

Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah dilantik selaku Setiausaha Agung FAM yang pertama mencipta sejarah apabila Hamidin bukan datang dari kalangan kerabat diraja atau ahli politik dipilih sebagai Presiden FAM.

Pada Julai 2018, Hamidin telah dilantik sebagai Presiden FAM bagi menggantikan penyandangnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan nombor satu badan induk tersebut pada Mac 2018.

Nama Hamidin mula dipertikaikan oleh segelintir para penyokong Harimau Malaya berikutan aksi hambar yang dipamerkan skuad kebangsaan tersebut dalam beberapa siri persahabatan.

Kemuncak kemarahan penyokong apabila Malaysia begitu lesu dalam aksi saingan Piala AFF 2020 sehingga skuad tersebut pulang terlebih awal setelah diaibkan Indonesia pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Setelah itu kredibiliti Hamidin selaku Presiden FAM mula diberi perhatian dan para penyokong mahu beliau mengundur diri bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk mentadbir badan induk tersebut.

Ditambah perbandingan yang dibuat para penyokong mengenai Tan Cheng Hoe yang dilihat lebih bertanggungjawab melepaskan jawatan atas kegagalan berbanding Hamidin yang masih tidak mahu berganjak.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN