“Beban Yang Dipikul Casagrande Untuk Meledak Gol Bakal Dikongsi” – Tomas Trucha

Tomas Trucha selaku pengendali Penang yakin mengenai pasukan kendaliannya yang tidak terlalu bergantung kepada bintang import, Casagrande dalam merobek gawang lawan pada setiap perlawanan.

Pendapat beliau, pemain lain turut sama mampu untuk menggalas tanggungjawab mendapatkan sebarang jaringan bagi membantu penyerang tersebut meskipun kadang kala ada perlawanan Casagrande tidak dapat diturunkan.

“Sebelum ini, saya pernah katakan yang saya tidak mahu bergantung kepada Casagrande sahaja sebab ada juga pemain lain yang boleh menjaringkan gol.

“Walaupun dia ada atas padang, kita dapat lihat juga pemain lain yang tetap menjaringkan gol. Ini yang saya mahukan di mana ada pemain yang tidak hanya bergantung kepada satu penyerang sahaja.

“Sekarang saya juga ingin menekankan bagaimana pemain-pemain ini perlu ada kemahiran untuk menjaringkan gol dan boleh memberikan penyudah berkesan,” kata jurulatih yang berasal dari Republik Czech itu kepada Berita Harian.

Penang telah menghasilkan 37 keseluruhan dalam saingan Liga Super dengan 12 gol daripadanya diledak oleh Casangrande pada musim 2021.

Walaupun begitu, Trucha tidak menolak dengan mengakui bebanan yang dipikul oleh Casagrande untuk meledak gol seharusnya dikongsi oleh seorang lagi tonggak serangan sekali gus mengesahkan seorang lagi import serangan bakal dibawa oleh Penang bagi memperkasa jentera serangan mereka untuk musim terbaharu ini.

Trucha menjelaskan mengenai status pemain import tersebut masih menjadi rahsia dan berharap gandingan pemain tersebut bersama Casagrande mampu untuk memacu pasukan pergi lebih jauh berbanding musim lalu.

“Kita akan membawa masuk seorang lagi penyerang di mana dia akan bersama-sama dengan Casagrande untuk beraksi.

“Dia juga akan dapat membantu dengan lebih kerap di bahagian serangan sekiranya salah seorang daripada mereka cedera atau sebagainya,” katanya.

Ketika ini, Penang rancak membuat persiapan dengan mengatur beberapa perlawanan pra musim yang sudah pun bermula dengan lebih awal.

Antara pemain yang berjaya ditandatangani Penang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan adalah Azzizan Nordin, Tam Sheang Tsung, Faizat Ghazli, dan Faiz Subri.

Mereka juga berjaya mengekalkan tonggak import musim lalu iaitu Endrick Dos Santos, Casangrande, dan Rafael Vitor.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN