“Apa Kena Mengena Dengan Saya?” – LTK Persoal Adakah TMJ Bayar Pemain Import RM20-30 Ribu Sebulan

LTK TMJ

Bekas Pengarah Akedemi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim nampaknya mengambil keputusan berani untuk tidak mengendurkan ketegangannya dengan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai isu melibatkan dirinya dalam satu temubual eksklusif pemilik JDT itu bersama Astro Arena.

Ia berikutan pertanyaan wartawan yang bertanyakan mengapa Teong Kim tidak pernah diangkat sebagai individu penting bagi meningkatkan prestasi skuad kebangsaan Malaysia.

Menurut TMJ,  beliau menolak untuk mengambil bekas pemain Kuala Lumpur dan Kedah yang mempunyai pengalaman bersama skuad remaja Bayern Munich itu atas faktor permintaan gajinya yang jauh lebih tinggi berbanding nilai yang dibayar kepada jurulatih dan pemain di kelabnya.

Namun Teong Kim tidak menunggu lama untuk mempersoalkan kenyataan TMJ dan merasa hairan mengapa kegagalan skuad kebangsaan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2020 tempoh hari dikaitkan dengan dirinya.

“Saya nak tanya, berapa Tunku membayar gaji kepada pemain import, RM20,000 – RM30,000? Dan apa kena mengena kegagalan pasukan kebangsaan dengan saya?,” soal Teong Kim menerusi komennya.

“Seingat saya, saya tak pernah bercakap dengan bahagian kewangan, saya ahu dan ingat saya bercakap dengan Tunku. Dan saya nak tanya juga, adakah saya pernah minta bekerja dengan pasukan kebangsaan?

“Untuk makluman Tunku [Pep] Guardiola dan Thomas Tuchel pun bermula dengan membimbing pasukan bawah umur, begitu juga ramai lagi jurulatih lain. Malah saya adalah jurulatih berkelayakan yang memegang Lesen Profesional UEFA.”

Bagaimanapun reaksi Teong Kim tersebut segera dibalas oleh TMJ yang terus mempertahankan dakwaannya dan menegaskan beliau mempunyai saksi.

“Berkenaan Lim Teong Kim, saya ditanya pendapat mengenai LTK sebagai calon Jurulatih skuad kebangsaan yang baru. Jadi saya jawab dan memberi pendapat saya, termasuk gaji yang diminta untuk menjadi coach pembangunan JDT. Kalau LTK nak menafikan, saya ada saksi, ” kata TMJ melalui satu ciapan.

“Kalau nak bercerita mengenai lesen jurulatihan, jurulatih fitness & conditioning JDT pun ada lesen pro UEFA.”

TMJ juga meminta kepada semua pihak tidak memutar belit kenyataan baginda dan mengucapkan ‘good luck’ kepada pihak yang masih tak faham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN