Ranking FIFA Vietnam Bakal Jatuh Daripada Top 100 Buat Kali Pertama Sejak 2018 Selepas Diratah Australia

Ranking FIFA Vietnam bakal jatuh daripada kedudukan 100 teratas buat kali pertama sejak 2018 selepas tewas 4-0 kepada Australia dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 di Melbourne pada malam tadi.

Berdasarkan kiraan Foorball Ranking, Vietnam akan ditolak 6.45 mata selepas tewas kepada Australia. Situasi ini menyebabkan skuad Park Hang-seo jatuh empat anak tangga, untuk berada di kedudukan ke-102 dunia dengan 1,203.08 mata.

Ia adalah kedudukan terendah Vietnam di dalam ranking FIFA sejak April 2018. Pada hujung 2021 yang lalu Vietnam berada di kedudukan ke-98 dunia dengan mengumpul 1212.54 mata.

Bagaimana pun kekalahan kepada Thailand di separuh akhir pertama Piala AFF sebelum seri dalam perlawanan timbal balik bermakna kedudukan tersebut hampir pasti akan berubah.

Tetapi ini tidak bermakna Vietnam tidak mempunyai harapan untuk mempertahankan kedudukan tersebut kerana masih mempunyai satu perlawanan menentang China pada 1 Februari, dan sebelum ranking FIFA diumumkan lebih kurang seminggu selepas itu.

Sekiranya mampu melakukan kejutan dengan menewaskan China, maka skuad Naga Emas akan mengumpul sekitar 10 mata dan mampu mengekalkan kedudukan di kalangan 100 teratas dunia.

Namun jika tewas perlawanan tersebut, kedudukan Vietnam akan jatuh ke tangga ke-103 dunia.

Dalam perlawanan menentang Australia pada malam tadi, kesilapan di bahagian benteng terus menjadi penyebab utama kekalahan besar Vietnam.

Australia terlebih dahulu mendahului 2-0 pada babak pertama perlawanan melalui jaringan Jamie McClaren dan Tom Ragic, sebelum menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua perlawanan melalui Craig Godwin dan dan Riley McGree.

Australia menguasai 61% penguasaan bola, dengan 7 percubaan tepat berbanding Vietnam yang mampu menghasilkan 2 percubaan menuju sasaran sepanjang perlawanan.

kekalahan kepada Australia bermakna Vietnam kini telah tewas dalam semua tujuh perlawanan pusingan kelayakan setakat ini dan menduduki kedudukan tercorot Kumpulan B.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN