“Jurulatih JDT Pun Ada Lesen Pro UEFA” – TMJ Ucap Good Luck Kepada Yang Masih Tak Faham

“Jurulatih fitness dan conditioning JDT pun ada lesen Pro UEFA,” kata pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika memberikan penjelasan tambahan mengenai Lim Teong Kim.

Semalam melalui  satu temubual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dan Izahar Atan daripada Cakap Sukan dari Dubai, TMJ tampil dengan beberapa pendedahan mengejutkan mengenai senario dan perkara sebenar di belakang tabir yang tidak diketahui ramai di sebalik kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala AFF 2020.

Turut ditanyakan di dalam tembual tersebut adalah mengenai pendapat beliau sekiranya Lim Teong Kim layak dilantik sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu menggantikan Tan Cheng Hoe tempoh hari.

“Berkenaan Lim Teong Kim, saya ditanya pendapat mengenai LTK sebagai calon Jurulatih NT yang baru. Jadi saya jawab dan memberi pendapat saya, termasuk gaji yang diminta untuk menjadi coach pembangunan JDT. Kalau LTK nak menafikan, saya ada saksi, ” kata TMJ melalui satu ciapan.

“Kalau nak bercerita mengenai lesen jurulatihan, jurulatih fitness & conditioning JDT pun ada lesen pro UEFA,” tambah beliau lagi untuk memberikan penjelasan tambahan mengenai isu berkaitan bekas Pengarah NFDP itu.

Dalam temubual asal semalam, TMJ turut mendedahkan baginda pernah menolak untuk mengambil bekas pemain Kuala Lumpur dan Kedah yang mempunyai pengalaman bersama skuad remaja Bayern Munich itu untuk menyertai JDT kerana berpendapat gaji yang dipinta jutulatih itu terlalu tinggi.

“Untuk sistem pebangunan boleh… tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,” kata TMJ menjelaskan pengalaman beliau dengan jurulatih berusia 58 tahun itu.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

Perkara itu pada mulanya dinafikan oleh Teong Kim, tetapi TMJ menegaskan baginda mempunyai rekod dan saksi dari unit kewangan kelab mengenai permintaan jurulatih itu.

Melalui bebenang ciapan yang sama, TMJ turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menjemput FAM, Teong Kim, Bojan Hodak, Tan Cheng Hoe, mana-mana pakar bola sepak Malaysia dan dirinya untuk duduk semeja dan bertanyakan soalan berkaitan isu bola sepak di Malaysia.

“Kita boleh duduk bersemuka & memberi peluang kpd penyokong utk bertanyakan soalan tanpa berselindung. Tak perlu nak twist cerita.

“Apa yang saya katakan pada interview tersebut: 1. Perancangan FAM kena jelas & realistik 2. FAM perlu telus & ada engagement dgn penyokong2 & media,” tambah TMJ lagi.

TMJ juga meminta kepada semua pihak tidak memutar belit kenyataan baginda dan mengucapkan ‘good luck’ kepada pihak yang masih tak faham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN