“Saya lah kambing hitam,” itulah antara kata-kata Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu temubual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dan Izahar Atan daripada Cakap Sukan dari Dubai, UAE sebentar tadi.
Dalam temubual secara eksklusif berdurasi lebih satu jam itu, TMJ mendedahkan perkara-perkara yang berlaku di belakang tabir yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi punca skuad kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala AFF.
Turut dikongsikan adalah persiapan pasukan JDT sendiri yang kini sedang sibuk menjalani latihan pra musim di Dubai, termasuk akan mengarungi empat perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.
Siapa tangan ghaib?
Antara persoalan yang paling penyokong bola sepak negara mahukan ialah siapakah ‘tangan ghaib’ yang selama ini menganggu tugas jurulatih pasukan negara?
Sebelum ini terdapat khabar angin kononnya bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sukar untuk mendapatkan barisan pemain terbaik untuk tugasan antarabangsa kerana wujudnya ‘tangan ghaib’ yang cuba menganggu atau dalam kata lain menentukan pemain manakah yang wajar dipanggil atau sebaliknya.
Ready? 4pm on YouTube @ASTROARENA pic.twitter.com/lF2QKSukdN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 27, 2022
“Isu mengenai tangan ghaib ini lebih kepada ada beberapa pihak yang nak lepas tangan, atau pun contoh semua nak selamatkan kepala masing-masing,” kata TMJ.
“Kegagalan perancangan, kegagalan kerja sebagai seorang jurulatih, kegagalan ada satu transparensi dengan penyokong atau pihak media punya engagement…., senang je, ni semua tangan ghaib…so, sayalah kambing hitam. Pada hal saya tidak ada kena mengena dengan ini semua.
“Saya tak marah, atau kecewa orang nak kaitkan saya. Bagi pandangan saya, jangan kerana nak selamatkan kepala masing-masing, mainkan presepsi seolah-olah Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang control segala-galanya,” itu penjelasan tegas TMJ mengenai isu tersebut.
Kegagalan jurulatih dan FAM sendiri
Bagi TMJ kegagalan pasukan negara adalah kerana kegagalan FAM melakukan perancangan yang teratur pada awal tahun.
Antara pendedahan TMJ yang tidak dikongsi oleh Badan Penyiasat yang ditubuhkan oleh FAM mengubah perancangan pada saat akhir ke Puala AFF 2020. Berdasarkan perancangan awal, FAM sebenarnya mahukan skuad B-23 beraksi di Piala AFF untuk tujuan pendedahan. Situasi tersebut menyebabkan wujud isu pemain tidak bersedia.
Selain itu, TMJ turut membidas tindakan FAM dan Tan Cheng Hoe berdiam diri mengenai keadaan sebenar membabitkan ketiadaan beberapa pemain utama seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Natxo Insa dan Syamer Kutty. Badan induk itu tidak terbuka dengan situasi berkenaan.
"FAM dan Tan Cheng Hoe tidak jelaskan keadaan sebenar membabitkan ketiadaan beberapa pemain utama seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Natxo Insa dan Syamer Kutty. Badan induk itu tidak terbuka dengan situasi berkenaan"
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 27, 2022
Seperti yang didedahkan kemudian, Matthew Davies terpaksa terbang ke Jerman untuk menjalani rawatan hernia ketika Piala AFF berlangsung. Manakala Corbin Ong dan Syamer turut mengalami kecederaan kecederaan pangkal paha. Natxo Insa pula mengalami masalah jantung dan terpaksa dihantar ke luar negara untuk pemeriksaan lanjut.
Semua perkara di atas tidak didedahkan kepada umum sehingga menyebabkan persepsi negatif muncul di kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.
Apalah agaknya dosa penyokong Malaysia dapat badan induk pengurusan bolasepak yang BODOH dan GAGAL macam @FAM_Malaysia ini
Semua benda engkau buat last minute, nanti kalah buat mesyuarat bedah siasat lagi 🤦🏿♂️#SupportLocalFootball 🇲🇾 https://t.co/8PMQHENi8n
— SLFM ke Piala Asia 2023 🇲🇾❗️ (@SLFMalaysia) January 27, 2022
Apa yang menghairankan TMJ juga adalah mengapa tidak dipanggil pemain daripada pasukan lain untuk dibawa ke Singapura sehingga membuatkan skuad negara pincang dengan 24 pemain sepanjang kejohanan Piala AFF berlangsung.
Begitu juga bagaimana sebahagian pemain yang digunakan di posisi berbeza berbanding ketika di kelab seperti Faisal Halim, yang cemerlang sebagai sayap kiri bersama Terengganu tetapi digunakan sebagai pemain tengah, dan Baddrol Bakhtiar sebagai cental midfielder sebagai defensive midfielder bersama pasukan kebangsaan.
Gosip bilik persalinan tidak harmoni:
Tunku menyatakan itu bukan salah FAM tetapi salah ketua jurulatih. Baginda menyambung sehinggakan ada pemain sendiri yang menyusun arahan pada papan taktikal pasukan.
— Sukanz. (@sukanzcom) January 27, 2022
TMJ turut menyalahkan jurulatih yang gagal mengawal bilik persalinan sehingga menyebabkan keharmonian pemain di bilik persalinan turut terjejas ketika kejohanan di Singapura itu.
Selain itu, FAM turut dilihat gagal merancang dengan teliti di awal tahun bersama-sama dengan Malaysian Football League (MFL) [berkaitan pengaturan jadual perlawanan mesra skuad kebangsaan] supaya semua pihak mempunyai visi yang jelas dan bersefahaman.
Anda boleh menyaksikan temubual penuh tersebut melalui pautan yang kami sediakan seperti di atas.