John Terry, Ashley Cole Berhadapan Tindakan Premier League & UEFA Kerana Promosi NFT

Dua legenda Chelsea, John Terry dan Ashley Cole kini berhadapan tindakan perundangan kerana mempromosikan aset digital NDT di media sosial masing-masing.

Dunia aset digital seperti satu trend terkini yang diikuti oleh ramai termasuklah pemain dan bekas pemain bola sepak. Ia membenarkan mereka menjana pendapatan sampingan. NFT misalnya boleh dijual pada nilai 0.05 Ethereum, yang bernilai sekitar £93.79, tidak termasuk kos transaksi.

Terry yang kini bekerja sebagai penasihat bersama Chelsea di peringkat akademi telah mempromosi NFT berwatak kartun monyet di akaun Twitter miliknya, yang berlatar belakangkan trofi-trofi yang pernah diraih sepanjang kariernya.

https://twitter.com/JohnTerry26/status/1484133963916615682

Salah satu daripada trofi tersebut dilindungi dan mempunyai cap dagang daripada Premier League sahaja. Ini bermakna sebarang penggunaan imej tersebut memerlukan persetujuan berlesen daripada pihak Premier League sekiranya ia disasarkan untuk mengaut keuntungan atau dalam sebarang bentuk penggunaan komersil yang lain.

UEFA turut tidak ketinggalan menyiasat perkara tersebut selepas mendapati trofi Champions League dan Europa League turut digunakan bersama figura NFT tersebut.

https://twitter.com/JohnTerry26/status/1485374107374002181

Menurut laporan The Athletic, jurucakap UEFA telah mengambil maklum mengenai isu NFT tersebut, dan berkata: “UEFA memandang serius isu pelanggaran hak dan harta intelektual dengan serius dan kini sedang menyiasat lebih lanjut. Terima kasih kerana memaklumkan kami.”

Sebelum ini Terry dan bekas rakan sepasukan, Ashley Cole telah mendapatkan NFT masing-masing daripada ‘Ape Kids Club’ dan berkongsi aset mereka itu di Twitter.

 

NFT adalah aset digital di dalam bentuk unit data yang unik, terdapat di dalam rantaian blok untuk mengesahkan keasliannya. Ia boleh dijual dengan harga yang tinggi untuk menjana keuntungan.

Aset digital atau NFT The Ape Kids Club adalah antara yang popular di Amerika Syarikat pada hari ini sehingga menyebabkan artis berprofil tinggi seperti Eminem sanggup membelanjakan sebanyak £342,000 untuk mendapatkan illustrasi kartun monyet.

Pemain pertahanan Chelsea, Reece James turut tiak ketinggalan berkongsi monyet milik beliau di Twitter baru-baru ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN