Kadang-kala bukan mudah untuk menjadi Pep Guardiola.
Semua peminat bola sepak dan wartawan menjangkakan anda untuk mendominasi penguasaan bola, menang semua perlawanan dan menyapu semua piala; semuanya dalam musim pertama!
Selepas kemenangan besar 4-0 Manchester City ke atas Bournemouth – pasukan yang dipuji Guardiola sebagai pasukan menyerang yang paling mengagumkan beliau setakat ini – Guardiola telah ditanya oleh seorang wartawan sama ada beliau boleh menang 4 piala bersama City pada musim ini.
Soalan wartawan tersebut nyata tak digemari langsung oleh Guardiola.
Reaksi pertamanya selepas mendengar soalan tersebut adalah, “What the fuck?” sambil menggaru kepalanya yang botak.
Saya hanya mahu nikmati kemenangan hari ini dan sedikit wain
Selepas menggeleng kepalanya beberapa kali, Guardiola kemudiannya menjawab soalan tersebut:
“Manchester City hanya pernah masuk ke separuh akhir Champions League sekali dalam sejarah kelab (kalah agregat 0-1 kepada Real Madrid pada musim 2015/2016).”
“Bila saya masuk, anda (wartawan) jangkakan City akan menang Champions League kerana saya jurulatih yang bagus? Anda silap.”
This is 100% real, no dubbing etc.
Reporter: "Can you win the Quadruple"
Pep: "What the fuck" 😂 pic.twitter.com/kDp0JFTVmJ
— mcfc lads (@mcfc_lads) September 18, 2016
Guardiola turut menjelaskan kegembiraannya tidak bergantung kepada prospek sama ada City akan menang piala atau tidak. Sebaliknya ia bergantung kepada sama ada pemain-pemainnya mencapai objektif harian pasukan.
“Sasaran saya buat masa sekarang bukannya untuk menang piala.”
“Sebaliknya sasaran saya adalah bergembira dengan kemenangan ini (4-0 mengatasi Bournemouth) dan menikmati sedikit wain.”
“Esok kami akan bersiap menghadapi League Cup dan cuba memenanginya.”
Guardiola turut menekankan aspek hiburan yang dinikmati penyokong sebagai parameter kegembiraannya.
“Kemudian, adakah penyokong yang datang ke Etihad Stadium sebentar tadi suka dengan persembahan kami? Jika ya, barulah saya gembira.”
Daripada sidang media selepas perlawanan ini, jelas Guardiola hanya memikirkan objektif harian untuk mencapai objektif musim Manchester City.
Dalam fikiran Guardiola pada setiap hari, matlamatnya adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya. Bukannya memenangi piala yang hanya berlaku 6-7 bulan akan datang.
Baca juga: 4 Sebab Mengapa Media Mengesyaki Pep Guardiola Telah Naik Gila