Hamidin Akui Malaysia Tak Ramai Pemain Bagus

Datuk Hamidin Mohd Amin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui yang negara ini mempunyai kekurangan pemain berkualiti untuk membawa cabaran ke tahap lebih tinggi.

Hamidin mengakui perkara tersebut selepas pelantikan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon baru-baru ini.

Pelantikan mantan jurulatih Hong Kong itu menurut Hamidin bagaimana pun tidak akan menyelesaikan masalah prestasi skuad kebangsaan secara keseluruhannya.

Sebaliknya, ia memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan kesemua pasukan Liga Malaysia dalam misi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk negara.

“Hasil dari pemerhatian, saya mendapati pasukan-pasukan Liga-M perlu berikan pemain berkualiti untuk dibawa ke skuad kebangsaan.”

“Pelantikan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya tidak akan selesaikan semuanya,” kata Hamidin menerusi Sinar Harian.

Hamidin turut menegaskan keperluan bagi FAM dan juga Malaysian Football League (MFL) dalam usaha untuk duduk semeja bagi memastikan pemain-pemain berkualiti yang diharapkan dapat dihasilkan.

Presiden FAM itu berkata, beliau melihat kekurangan kualiti fasiliti kompleks latihan dan gimnasium yang dimiliki oleh kelab-kelab Liga-M membuatkan penghasilan pemain berkualiti sukar dilakukan.

Tambahan lagi, isu kelab-kelab culas membayar gaji membuatkan pemain bertambah tidak bersemangat untuk memberikan aksi terbaik di atas padang.

Setakat ini, masih lagi banyak pasukan utama di Malaysia tidak mempunyai fasiliti latihan yang lengkap dan sesuai dengan kehendak bola sepak moden.

Malah lebih memalukan, masih terdapat pasukan-pasukan yang tidak amanah dalam membayar gaji pemain dan perkaran itu seolah-olah tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN