Lionel Messi Buat PSG Pening Kerana Positif Dan Terpaksa Dikuarantin

Lionel Messi

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dilaporkan positif virus Covid-19 setelah melakukan ujian baru-baru ini. Selain beliau, tiga lagi rakan sepasukan beliau turut menerima nasib yang sama.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan PSG, tiga pemain berkenaan termasuklah Juan Bernat, Sergio Rico, dan Nathan Bitumazala yang diasingkan mengikut protokol kesihatan yang telah ditetapkan.

PSG turut mengesahkan bintang mereka, Neymar masih memerlukan sekitar tiga minggu lagi untuk kembali menjalani latihan bersama kelab setelah pemain tersebut sebelum ini mengalami kecederaan sewaktu bertemu Vannes di gelanggang lawan.

Pada masa yang sama, Mauricio Pochettino selaku jurulatih pasukan sendiri mengakui tidak pasti sama ada Messi dapat beraksi pada perlawanan seterusnya menentang Lyon apabila pemain tersebut masih berada di Argentina.

“Messi sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan kami, dan apabila keputusan ujian beliau negatif baru beliau akan kembali ke Perancis.”

“Tetapi buat masa sekarang kami tidak mengetahui terlalu banyak perkara. Saya sendiri tidak pasti yang beliau akan terlibat pada perlawanan seterusnya atau tidak.”

Pochettino juga akan menunggu segala keputusan Messi yang berada di Argentina dengan teliti serta akan memantau sendiri sama ada pemain itu boleh beraksi untuk aksi seterusnya atau tidak.

Setakat ini, Perancis dilaporkan kes Covid-I9 sebanyak 219,126 sehingga Sabtu lalu. Negara tersebut dilihat telah merekodkan kes harian melebihi 200,000 selama empat hari berturut-turut.

Negara tersebut juga telah menyertai Amerika Syarikat, India, Brazil, Britain, dan Rusia yang telah mencatat jumlah kes keseluruhan melebihi 10 juta.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN