Masa Tan Cheng Hoe Sebagai Jurulatih Malaysia Bakal Berakhir?

Tan Cheng Hoe

Susulan kekalahan besar di tangan Indonesia baru-baru ini, skuad negara dikecam hebat oleh ramai pemerhati bola sepak termasuk para penyokong Harimau Malaya.

Malaysia yang terkandas di peringkat kumpulan saingan Piala AFF 2020 dilihat mempamerkan rentak permainan yang sangat lesu ketika perlawanan penentuan kumpulan B menentang Indonesia.

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe antara yang mendapat kecaman hebat di media sosial apabila ramai netizen mempersoalkan kredibiliti beliau termasuk mahu mantan jurulatih Kedah itu melepaskan jawatan.

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan segala keputusan terletak kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri, Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai masa depan Cheng Hoe.

Beliau bersama Cheng Hoe akan membentangkan laporan prestasi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala  AFF 2020 pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang mungkin diadakan bulan depan.

Ulas Yusoff lagi, mengenai desakan peminat yang mahu Cheng Hoe meletak jawatan itu perkara biasa. Jelas beliau, desakan itu normal setiap kali pasukan negara menghadapi kekalahan di mana-mana saingan.

Namun beliau tidak mengambil ringan dan menyerahkan segala keputusan yang ada kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Mengulas mengenai kekalahan di tangan Indonesia, beliau mengakui seluruh pasukan kecewa dengan keputusan perlawanan itu yang menyaksikan skuad Harimau Malaya gagal mencapai sasaran untuk layak ke final.

Impian Harimau Malaya untuk ke separuh akhir jelas dekat tapi jauh apabila mereka hanya menjadi pasukan ketiga terbaik dalam kumpulan B di belakang Vietnam dan Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN