Penang Dapat ‘Sepasang Tangan’ Lagi, Khatul Anuar Sertai Dari KL City

Khatul Anuar KL City Penang FC 2022

Semalam, Penang FC mengumumkan membawa masuk penjaga gol berpengalaman, Hafizul Hakim dan hari ini, seorang lagi penjaga gol dibawa masuk iaitu dari skuad juara Piala Malaysia, KL City FC, Khatul Anuar Jalil.

Dengan ketinggian 180cm, penjaga gol ini mempamerkan aksi cemerlang ketika dipinjamkan ke UKM FC pada musim 2019 dan merekodkan “cleansheet’ terbanyak di saingan Challenge Cup 2019. Mereka mara ke pentas final dan beliau dinobat pemain terbaik perlawanan akhir kedua ketika tewas 5-6 menerusi sepakan penalti.

Mereka telah diikat 1-1 secara agregat berdepan juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) II di perlawanan akhir.

Beliau adalah pemain yang dahagakan aksi kompetitif berdasarkan desakannya kepada pengurusan KL City pada awal musim lalu selepas The City Boys membawa masuk penjaga gol import, Kevin Mendoza. Mereka ketika itu sudah memiliki beberapa penjaga gol dan ini yang membuatkannya rasa kedudukannya terancam.

“Saya memang positif, lain la kalau pemain tempatan. Disebabkan import, kalau dia [Kevin Mendoza] tidak bermain, orang akan persoalkan,” ungkap penjaga gol berusia 24 tahun itu kepada Semuanya BOLA ketika itu.

Jelas, apa yang berada di fikirannya berlaku, beliau langsung tidak berpeluang beraksi walaupun merupakan bekas pemain skuad B-23 negara. 12 kali beliau hanya berada di bangku simpanan juara Piala Malaysia itu.

Penang FC kehilangan dua penjaga gol, Sam Somerville yang berhijrah ke Selangor FC dan Bryan See Tian Keat untuk saingan musim hadapan. Ia menimbulkan kegusaran di kalangan para penyokong Harimau Kumbang.

Kedua-duanya mempamerkan kawalan gawang yang baik sebelum aksi buruk seperti ‘sengaja’ dibuat di Piala Malaysia 2021 disebabkan masalah dalaman pengurusan. Penang FC menamatkan saingan Liga Super 2021 di kedudukan ketiga – pencapaian terbaik bagi pasukan yang baru kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia.

Malah, Sam Somerville berjaya merekodkan enam ‘cleansheet’ – kelima tertinggi di saingan Liga Super.

Kemasukkan dua ‘pasang tangan’ terbaik termasuk Khatul Anuar ke kem Penang FC jelas memberikan semula harapan kepada mereka untuk bersaing. Sebagaimana musim lalu, mereka memiliki dua penjaga gol yang bagus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN