Previu Piala AFF 2020: Vietnam & Indonesia Jadi Ancaman Terbesar Malaysia

Piala AFF 2020

Pasukan Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala AFF 2020 edisi ke-13 yang akan bermula 6 Disember ini di Singapura.

Untuk edisi kali ini sedikit unik kerana buat julung kalinya beraksi di Singapura sahaja bagi mengelak penularan wabak covid-19 yang masih lagi menghantui dunia.

Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan B dilihat seimbang sahaja jika dibandingan dengan kumpulan A.

Seimbang tapi masih bahaya

Kedua kumpulan dilihat mempunyai pasukan pilihan yang kuat dan untuk Malaysia, cabaran utama mereka pastinya pasukan Vietnam dan Indonesia.

Vietnam yang juga juara bertahan Piala AFF sebelum ini pastinya menjadi lawan terkuat buat Malaysia dalam kumpulan ini.

Dibarisi para pemain yang stabil di setiap posisi pastinya jurulatih, Park Hang-seo mempunyai pilihan pemain yang pelbagai untuk diturunkan.

Lawan seterusnya yang wajar diberikan lebih perhatian pastinya Indonesia. Sejak begitu lama musuh serumpun kita ini menjadi lawan tradisi yang sangat dinantikan oleh para penyokong kedua-dua pasukan.

Begitu banyak kontroversi yang boleh dibahaskan kerana kemenangan ke atas diri masing-masing menjadi lebih penting untuk mengangkat maruah.

Seperti diketahui, Indonesia merupakan antara pasukan yang mempunyai pemain yang sangat mementingkan kekuatan fizikal.

Jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-yong pastinya akan mengemudi skuad ini sehabis baik dan memberi cabaran besar buat Harimau Malaya pada kempen kali ini.

Dua lawan yang kurang menonjol tetapi dijangka mampu memberikan saingan sengit adalah Laos dan Kemboja.

Kedua pasukan ini tidaklah begitu kuat dalam bola sepak namun kedua skuad ini juga semakin serius dalam membangunkan sukan ini dan ada perubahan dalam corak permainan mereka.

Bagi Kemboja, skuad ini berjaya mengejutkan ramai pemerhati bola sepak apabila skuad ini berjaya menandatangani Keisuke Honda selaku pengurus utama pasukan sambil dibantu jurulatih senegara, Ryu Hirose.

Pastinya impak yang baik buat bola sepak Asean untuk terus berkembang dan memberi daya saing yang lebih sengit.

Akhir sekali merupakan pasukan Laos. Pasukan ini juga mula lebih serius dalam arena bola sepak serantau dengan mengambil dua jurulatih dari Singapura untuk membantuk aspek teknikal serta corak permainan yang lebih baik dalam bola sepak.

Dari segi permainan, Laos lebih menitikberatkan mengenai kepantasan. Kebanyakan pemain mereka mempunyai daya melakukan larian deras dengan sangat baik.

Mampukah kita melakukannya?

Jadi, seberapa getir saingan Harima Malaya pada kempen Piala AFF tahun ini? Pada pendapat penulis, peluang terbuka untuk skuad kendalian Tan Cheng Hoe mara dengan lebih jauh jika mereka konsisten dalam merombak sedikit cara permainan.

Malaysia mempunyai rangkaian pemain yang agak terbatas sebenarnya dek kerana jarang diturunkan, masalah konsistensi dalam liga, serta isu kecederaan.

Dua perlawanan ujian lalu menyaksikan Malaysia tewas dengan kadar bolos yang agak besar serta amat tumpul di bahagian serangan.

Guilherme De Paula selaku pemain naturalisasi Malaysia masih gagal meninggalkan impak yang bagus bersama skuad selaku penyerang utama.

Kreativiti di bahagian tengah juga dilihat masih belum stabil dan rangkaian gerak yang cuba dibina sering terbatas.

Ditambah dengan isu kecederaan dua pemain tengah Akram Mahinan dan Kenny Pallraj pastinya memberi kesukaran buat Cheng Hoe merencana lebih banyak idea dalam pasukan.

Berbalik pula kepada pertahanan dan penjaga gol, terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki seperti komunikasi sesama pemain dan tidak begitu leka sehingga meninggalkan lompong buat lawan mengisi di zon 14.

Bahagian pertahanan tengah dan kiri sedikit menggusarkan setakat ini dengan aksi yang kurang konsisten.

Berdepan Indonesia, Laos, dan Kemboja mungkin tidak begitu menjadi masalah kerana tahap yang tidak jauh dengan Malaysia serta konsistensi yang juga tidak stabil buat tiga lagi pasukan tersebut.

Namun untuk Vietnam pastinya Malaysia perlu lebih berwaspada dan menguatkan bahagian tengah kerana lawan sangat stabil di bahagian tengah dan menjadi nadi utama setiap kali serangan dilancarkan.

Cheng Hoe harus mengambil peluang kali ini untuk menebus maruah beliau yang sedikit tercemar sebelum ini dek kerana dihantui kekalahan demi kekalahan dengan kembali bangkit pada saingan Piala AFF tahun ini.

Analisa sebenar perlawanan Harimau Malaya hanya dapat diketahui dengan aksi pertama mereka pada 6 Disember ini dengan bertemu lawan pertama, Kemboja pada jam 5:30 petang.

Semoga Malaysia memperoleh sesuatu yang positif pada Piala AFF musim ini dan semoga berjaya buat kesemua pasukan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN