PFAM Sahkan Terima Aduan Pemain Perak FC Berhubung Gaji

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan telah menerima aduan rasmi daripada pemain-pemain Perak FC mengenai tunggakan gaji yang masih gagal dijelaskan oleh pihak pengurusan kelab itu.

Perkara tersebut disahkan oleh PFAM melalui satu kenyataan rasmi yang dikongsi di rangkaian media sosial badan pemain itu pada har ini.

Susulan aduan yang diterima, PFAM berkata pihak mereka akan  memulakan proses surat menyurat terhadap Perak FC dalam usaha memastikan kebajikan pemain terbela.

“PFAM memahami situasi dan dilema yang dihadapi oleh para pemain sebelum ini. Keberanian ini harus dikongsi kepada pemain-pemain lain untuk membuat tindakan yang serupa. Seluruh ahli PFAM menyatakan #SolidaritiUntukPemain dan menyokong para pemain yang sedang mengharungi tempoh sukar ini,” tulis kenyataan tersebut.

“PFAM dan para pemain berharap agar kepimpinan terbaru Perak FC dapat memberi sinar untuk menyelesaikan kemelut tunggakan gaji ini.

“Kami sentiasa bersedia dan terbuka bagi mencari solusi terbaik demi menjaga kepentingan para pemain khususnya, dan keharmonian kelab, amnya.”

Laporan Arena Metro pada awal bulan ini mendedahkan Perak FC sebenarnya berhadapan dengan masalah tunggakan gaji lebih dua bulan, dan kelab bola sepak itu berada di dalam cukup terdesak dalam mencari sumber kewangan.

Juara lapan kali Piala Malaysia itu juga berhadapan dengan pelbagai isu di luar padang, termasuk mengenai hal pengambilalihan, sekaligus merumitkan lagi keadaan.

Sebelum ini pernah tular di media sosial  membabitkan mesej daripada Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh kepada individu tidak dikenali yang memohon sumbangan sekurangnya RM20,000.

Sumbangan tersebut adalah untuk menampung kos satu perlawanan sahaja bagi pembayaran penginapan, logistik, makan dan minum serta pegawai perlawanan.

Perak FC mengakhiri saingan Liga Super pada musim ini di kedudukan ke-11 dan akan beraksi di saingan Liga Premier pada musim hadapan. Di saingan Piala Malaysia, Perak FC gagal merekodkan sebarang kemenangan, menduduki kedudukan tercorot Kumpulan B dengan satu mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN