Xavi Bawa Masuk Bekas Rakan Sepasukan, Dani Alves Perkuat Barcelona

Pemain pertahanan, Dani Alves melengkapkan perpindahan mengejutkan ke Barcelona dan menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh pengendali baharu, Xavi Hernandez. Perkara itu diumumkan oleh kelab Catalan tesebut semalam.

Pemain pertahanan antarabangsa Brazil itu adalah seorang ejen bebas sejak meninggalkan Sao Paulo pada September lalu.

Beberapa laporan sebelum ini berkata Barca tidak tetarik untuk membawa balik Alves ke kelab itu. Namun dengan kembalinya Xavi sebagai pengurus pada Isnin lalu selepas pemecatan Ronald Koeman, sentimen tersebut mulai berubah.

“FC Barcelona dan Dani Alves telah mencapai persetujuan secara prinsip untuk pemain itu kembali menyertai skuad utama untuk baki saingan musim ini,” ujar Barcelona dalam satu kenyataan semalam.

“Pemain Brazil itu akan menyertai latihan mulai minggu hadapan, tetapi hanya boleh beraksi bermula Janiuari hadapan.

“Pihak kelab akan mengumumkan butiran lanjut majlis pengumuman rasmi sebagai pemain Barcelona yang baharu.”

ESPN dalam satu laporan berkata Xavi akan menerima bayaran kurang darpada nilai €10 juta untuk memperkuatkan kelab La Liga itu.

Situasi kewangan di kelab tersebut bermakna Barcelona harus berhati-hati dalam perbelanjaan, dengan keutamaan kontrak besar untuk pemain muda Ansu Fati dan Pedri.

Alves mnenyertai Barca dari Sevilla pada 2008 dan memenangi 23 trofi sepanjang tempoh lapan tahun bersama kelab itu sebelum berhijrah ke Juventus pada 2016.

Alves turut beraksi bersama Paris Saint-Germain selepas itu sebelum menyertai Sao Paulo pada 2019.

Pemain itu merupakan kapten pasukan skuad Brazil yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo.

Alves kini memerlukan kelab untuk meyakinkan jurulatih skuad kebangsaan Brazil, Tite untuk menyenaraikannya di dalam skuad Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN