Pengendali skuad Thailand, Mano Polking mengakui beliau terdesak untuk menghadiahkan gelaran raja bola sepak Asia Tenggara kepada negara itu.
Menjelang sepak mula Piala AFF 2020, Polking mahu mendiamkan mulut para pengkritik yang meragui kemampuan dirinya sebagai jurulatih.
Bekas jurulatih Bangkok United itu dianggap sebagai bukanlah orangnya untuk membawa kejayaan kepada Thailand.
Hal ini kerana ketika mengendalikan kelab tersebut, Polking tidak pernah merangkul sebarang kejuaraan.
“Saya gembira mendapat jawatan ini dan dahagakan kejayaan.”
“Bola sepak berkisarkan mengenai keputusan. Misi terawal kami adalah Piala AFF dan sasaran seterusnya adalah pergi ke Piala Asia dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026,” kata Polking menerusi Bangkok Post.
Saya kenal pemain saya
Polking sebelum ini telah menyenarai 69 pemain untuk dibawa ke Singapura dengan ianya akan dikecilkan kepada 30 sahaja.
Beberapa nama seperti bintang Chanatip Songkrasin dan juga Theerathon Bunmathan turut dipanggil untuk menguatkan pasukan Thailand.
Polking berkata, beliau cukup arif dengan para pemainnya itu dan yakin skuad yang dibawa mampu memberikan kejayaan kepada negara.
“Saya cukup kenal pemain saya, kami akan analisis persembahan mereka bersama kelab sebelum tentukan siapa yang hendak dibawa.
Thailand menghadapi cabaran menentang Singapura, Myanmar dan Filipian dalam kumpulan A yang dianggap cukup sukar untuk mana-mana pasukan.
Bagaiamana pun, mereka akan membuka cabaran dengan menentang Timor Leste terlebih dahulu.