Stadium Nasional Bukit Jalil Dipilih Jadi Gelanggang Perlawanan Akhir Piala Malaysia Edisi Ke-100

Stadium Nasional Bukit Jalil disahkan akan menjadi gelanggang perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Piala Malaysia semalam.

Mesyuarat tersebut melibatkan pihak-pihak yang berkaitan dengan penganjuran pertandingan tersebut seperti Ketua Pegawai Eksekutif Ticket Hotline International Sdn Bhd, Datuk Zairil Ayu Ibrahim; Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad; Wakil Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd Nadzri Abd Wahab dan Ketua Jabatan Sains Sukan FAM, S Sivanesvaran.

MFL
Datuk Ab Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League

Pertandingan Piala Malaysia merupakan antara pertandingan bola sepak tertua di negara ini dan penganjurannya pada musim ini memasuki edisi ke-100.

Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat untuk perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan diadakan pada 30 November itu adalah seperti operasi dan teknikal, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, keselamatan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian.

Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 penonton pada satu-satu masa. Bagaimanapun angka yang dibenarkan memasuki stadium kali ini adalah terhad mengambil kira peraturan kesihatan yang perlu dipatuhi oleh badan penganjur itu.

Kali terakhir ia menganjurkan pertandingan akhir Piala Malaysia ialah pada musim 2019, menemukan

Saingan Piala Malaysia kini masih berada di dalam peringkat kumpulan dengan beberapa pasukan seperti Sarawak United, Selangor FC, Terengganu FC, JDT, Kedah Darul Aman FC, dan Melaka United sudah menempah slot masing-masing di suku akhir.

Sabah FC dan Petaling Jaya City akan berentap antara satu sama lain di dalam saingan Kumpulan D untuk slot terakhir ke suku akhir pada malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN