Barcelona sepertinya bakal mengumumkan Xavi sebagai pengurus baharu kelab tidak lama lagi, selepas pihak kelab berjaya mencapai kata sepakat dengan wakil Al-Sadd.
Menurut laporan terbaru dari Sepanyol, Al-Sadd sudah merestui pemergian Xavi untuk sertai Barcelona dan berita berkait pelantikan pengurus baharu akan diumumkan tidak lama lagi.
Barca sudah melakukan rundingan bersama Al-Sadd sejak beberapa minggu kebelakangan ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat legenda kelab.
Xavi is currently planning for his final meeting with Al-Sadd players and staff in the next hours, then he’ll prepare his stuff and leave to Spain once the agreement between Barça and Al-Sadd will be officially completed. ⏳🇪🇸 #FCB
…matter of time to see Xavi back to Barcelona. pic.twitter.com/dkA1YDHNOA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 5, 2021
Sebaik Ronald Koeman dipecat oleh pihak kelab, nama Xavi terus disebut-sebut sebagai calon pengganti, dengan beliau sendiri turut menyatakan minat untuk menerima jawatan tersebut.
Walau bagaimanapun, dek kerana gergasi Qatar itu pada awalnya tidak mahu melepaskan Xavi, Barcelona terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memujuk Al-Sadd supaya melepaskan legenda bola sepak Sepanyol itu.
Selepas mengambil masa beberapa minggu untuk memujuk, Barcelona akhirnya berjaya melembutkan hati Al-Sadd untuk melepaskan Xavi kepada mereka.
Menurut laporan dari Radio Cat, gergasi Catalan itu sudah berjaya mendapat kata sepakat dari bekas pemain mereka itu sebelum ini, dan Xavi juga sebenarnya sudah mula merencana perancangan beliau untuk memulakan tugas sebagai pengurus baru di Nou Camp.
OFFICIAL: Al-Sadd announce that Xavi will leave the club to become Barcelona's new head coach.
A legend returns home. 💙❤️ pic.twitter.com/VAMKUqoch4
— B/R Football (@brfootball) November 5, 2021
Menurut laporan sama, sebagai langkah persediaan untuk beliau menggalas tugas sebagai pengurus, pemenang Piala Dunia 2010 itu telah meminta tiga permintaan kepada Joan Laporta dan pimpinan kelab.
Ketiga-tiga permintaan beliau adalah antara hal yang sudah ada dalam perancangan beliau tentang bagaimana untuk membantu menaikkan semula Barcelona.
Berikut merupakan antara permintaan yang diminta oleh Xavi kepada Barcelona sebelum beliau diumumkan secara rasmi sebagai pengurus kelab.
1. Xavi mahu terus bekerjasama dengan barisan kejurulatihan pilihannya
Xavi meminta kepada pihak kelab agar membenarkan beliau untuk membawa barisan kejurulatihan yang bersama-sama dengannya di Al-Sadd untuk di bawa ke Nou Camp.
Xavi Hernández Creus has identified his coaching staff in Barca:
Assistants: His brother Oscar Hernandez and Sergio Alegre
Physical Coach: Ivan Torres
Analysts: David Pratts, Tony Lobo and Sergio Garcia
Physiotherapy: Carlos Nogueira
Goalkeepers coach: De La Fuente. pic.twitter.com/0FcOf2D9wl— Scoreboard Survey (@scoreboardSY) November 5, 2021
Oscar Hernandez dan Sergio Alegre merupakan pembantu beliau dan Ivan Torres merupakan antara barisan jurulatih yang paling beliau percaya serta mahu di bawa bersama menyertai Barcelona.
Xavi juga turut mahukan barisan scouting beliau David Prats, Toni Lobo dan Sergio Garcia untuk bersama-sama dengan beliau menyertai Barcelona.
Ia merupakan satu langkah bijak dari Xavi yang memutuskan untuk membawa semua individu yang paling beliau percayai untuk terus bekerjasama dengannya.
Sudah tentu beliau tahu apa yang beliau mahukan, dan barisan kejurulatihan yang beliau pilih juga jelas lebih tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk membantu Xavi.
2. Xavi mahu unit kesihatan dan keselamatan di rombak sepenuhnya
Xavi mendedahkan yang beliau tidak percaya kepada barisan petugas kesihatan dan keselamatan kelab dan mahu ia dirombak sepenuhnya.
https://twitter.com/MisterCuler/status/1455975369236905984?t=xlBnjV7iil_kvwmKo0JPrw&s=19
Beliau bimbang melihat begitu ramai pemain yang selalu dibelenggu masalah kecederaan dan ada yang mengambil masa terlalu lama untuk kembali sembuh.
Lihat sahaja bagaimana Dembele menghabiskan hampir separuh kariernya di bilik rawatan dan pihak kelab gagal untuk menggunakan khidmatnya ketika diperlukan.
Hal ini menyebabkan Xavi mahu ia diubah dan beliau tidak mahu lagi isu kecederaan pemain merencatkan perjalanan kelab untuk terus mencabar kejuaraan.
Beliau juga meminta agar pihak kelab memanggil semula Dr Ricard Pruna yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Barca, dan kini sedang bekerja di Dubai.
3. Xavi mahu pemain sayap pada jendela perpindahan Januari
Sebelum ini begitu banyak calon pemain yang dicadangkan untuk Barca tandatangani, dan Xavi kali ini tampil meminta pihak kelab untuk mendapatkan pemain sayap pada jendela perpindahan Januari ini.
❗Xavi has asked to work with his trusted technical staff.
• The return of Ricard Pruna as head of medical services.
• Also the coach wants to sign a pure winger in the winter transfer window.#FCB
Via (🟢): @esport3 pic.twitter.com/Wxh5KcsPpy
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) November 4, 2021
Walau Barca sepertinya lebih memerlukan pemain pertahanan, namun Xavi menegaskan yang beliau lebih memerlukan khidmat pemain sayap terlebih dahulu.
Mungkin taktikal beliau memerlukan pemain sayap yang tidak dimiliki oleh Barcelona pada ketika ini, dan kerana itulah beliau meminta untuk menandatangani seorang pemain.
Walaupun Barcelona ketika ini sedang bergelut dengan masalah kewangan, namun mereka dilaporkan bersedia untuk keluarkan dana bernilai €20 juta untuk dapatkan pemain sayap yang dimahukan.
For his return to Barça, Xavi has made 3 specific requests:
• That the club's medical department be restructured.
• Appoint his own technical staff with trusted men.
• A winger to replace Ousmane Dembélé, Raheem Sterling is his priority.
(Source: @sport) pic.twitter.com/sZuk0uUqXD
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 5, 2021
Setakat ini masih belum ada nama pemain yang disebutkan, namun antara yang paling hangat dikaitkan dengan Barcelona pada ketika ini adalah Raheem Sterling.
Tiga permintaan beliau ini sepertinya akan sangat membantu Barca untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni, dan beliau jelas benar-benar mahu melakukan perubahan besar sebaik dilantik menjadi pengurus baharu kelab.