Penang FC tersungkur lagi apabila tumpas 0-5 kepada Sri Pahang di Stadium Bandaraya dalam aksi ke-4 Kumpulan A, Piala Malaysia 2021 dengan hatrik Kenny Athiu antara yang menghiasi kemenangan mereka.
Sri Pahang turun dengan moral yang tinggi selepas merekodkan kemenangan besar 4-0 ke atas Penang FC tempohari sudah mula mengasak tuan rumah seawal minit ke-5 menerusi tandukkan Kenny Athiu, namun ia tersasar. Dua minit kemudian, giliran Penang FC membuat percubaan pertama menerusi Sheriddin Boboev.
Harimau Kumbang yang terluka minggu lalu dilihat mempamerkan aksi yang sedikit berbeza walaupun hanya membuat satu perubahan di posisi bek kanan dengan kemasukkan Khairul Ashraf untuk Khairul Akmal.
Walaupun saling mengasak, Tok Gajah yang lebih bertuah. Dua gol berjaya dicipta oleh anak buah Dollah Salleh menerusi Kenny Athiu dan Abubakar Yakubu – yang berhasil meledak gol dari luar kotak penalti lawan.
Pada minit ke-10, Kenny Athiu mengejutkan Penang FC dengan gol pembukaan selepas menerima bola yang ditampan oleh Abdul Malik Mat Ariff dengan rembatan deras, sebelum Abubakar Yakubu pula pada minit ke-21 membuat rembatan deras daripada lokasi yang sama menewaskan Bryan See buat kali kedua, malam ini.
10' GOL | Gol pertama malam ini dijaringkan oleh Kenny Athiu!
@fa_penang 0-1 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/gEI3vFk4j0
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 3, 2021
21' GOL | What a goal Abubakar Yakubu!
@fa_penang 0-2 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/zPixIMlydj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 3, 2021
Dua gol tersebut tidak membunuh semangat Penang FC apabila masih berupaya mencatur asakan ke benteng pelawat. Namun, mereka tampak buntu setiap kali mula memasuki zon defensive third pasukan Sri Pahang. Melihatkan segalanya tidak menjadi, mereka membuat dua pertukaran awal dengan menukar pendekatan.
Fadhil Idris, pemain tengah yang lebih defensif di bawa masuk, sementara Azim Rahim dimasukkan untuk mengukuhkan jentera serangan mereka yang tampak buntu untuk memecahkan blok pertahanan lawan.
Tindakan Dollah Salleh dengan tidak menukar kesebelasan utama ketika menang besar di Kuantan tempohari nampaknya memberikan hasil positif buat mereka dengan dua gol awal untuk memimpin perlawanan.
Kenny Athiu sekali lagi menjadi pemusnah kepada tuan rumah apabila tandukkannya menewaskan Bryan See untuk gol ketiga pelawat pada minit ke-35, selepas menerima hantaran lintang daripada Manuel Hidalgo.
Kehilangan Khairu Azrin Khazali, Rafael Vitor dan Quentin Cheng jelas dirasai Penang FC. Dari segi bertahan mereka dilihat gagal, malah jentera tengah juga tampak kehilangan cengkaman untuk mengatur asakan. Khairu Azrin dan Rafael Vitor mengalami kecederaan, sementara Quentin Cheng terlibat dengan skuad B-22 negara.
Bryan See ditewaskan sekali lagi apabila benteng Harimau Kumbang hanya membiarkan hantaran lambung Faisal Rosli ke dalam kotak penalti yang berjaya disambut oleh Abdul Malik Mat Ariff, sebelum disudahkannya.
35' GOL | Tandukan Kenny Athiu menewaskan See Tian Keat untuk gol ketiga Sri Pahang!
@fa_penang 0-3 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/bSEznAwneo
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 3, 2021
57' GOL | Abdul Malik Mat Ariff menyumbang gol keempat Sri Pahang!
@fa_penang 0-4 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/1Dp5yPsfhf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 3, 2021
81' GOL | Kenny Athiu melengkapkan hatrik untuk gol kelima Sri Pahang!
@fa_penang 0-5 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/63gAag9PIp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 3, 2021
Jaringan di minit ke-57 itu menyaksikan Sri Pahang sudah menyamai jumlah jaringan dilakar pada perlawanan sebelum ini. Empat gol dalam dua perlawanan untuk tempoh empat hari adalah sesuatu yang sangat baik buat jentera serangan mereka yang gagal meledak lebih daripada tiga gol dalam 13 perlawanan berturut-turut.
Minit ke-82, Kenny Athiu melengkapkan malam indah Sri Pahang dengan jaringan hatriknya membantu mereka melebarkan kedudukan dengan keputusan lima gol tanpa balas. Tiada apa mampu dilakukan Penang FC lagi.
Dengan tersungkurnya Penang FC buat kali ke-3, peluang mereka semakin sukar dan hampir untuk tersingkir daripada Piala Malaysia 2021 selepas Sarawak United dan KL City terikat dengan keputusan seri.