EPL: Ketangkasan Aaron Ramsdale Bantu Arsenal Tewaskan Leicester, Pintas Man Utd & Spurs

Arsenal tiba di King Power Stadium untuk meneruskan rentak cemerlang mereka di Premier League setelah tidak tewas dalam enam perlawanan berturut-turut.

Leicester City pula cuba membina momentum hasil dua kemenanan terdahulu termasuk kejayaan menewaskan Manchester United.

Skuad kendalian Brendan Rodgers bagaimanapun dikejutkan oleh gol awal Gabriel pada minit ke-5 untuk Arsenal mendahului 0-1, hasil hantaran Bukayo Saka dari sepakan penjuru.

Malah sepanjang 10 minit pertama perlawanan menyaksikan Leicester sukar dan gugup sehingga menyaksikan mereka hampir dihukum oleh percubaan Pierre- Emerick Aubameyang dan Tomas Partey.

Kerapuhan benteng pertahanan Leicester semakin jelas selepas itu apabila dengan mudah membenarkan The Gunners melebarkan kedudukan kepada 0-2 melalui Emile Smith-Rowe pada minit ke-18.

Jaringan tersebut terhasil selepas situasi kelam kabut dan kegagalan pemain pertahanan Leicester mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sehingga membenarkan Smith-Rowe merembat kencang dari dalam kotak penalti menewaskan Kasper Schmeichel.

Leicester cuba membuang kegugupan mereka selepas itu dengan beberapa ancaman. Namun ia sekadar disudahkan oleh percubaan Kelechi Iheanacho yang ditangkis keluar Aarons Ramscale dan beberapa larian yang dimatikan oleh perangkap ofside Arsenal.

Sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-43 perlawanan hampir memberikan tuan rumah gol pertama perlawanan, namun sekali lagi ketangkasan Aaron Ramsdale berjaya menyelamatkan sepakan James Maddison.

Kedudukan 0-2 kekal sehingga wisel penamat babak pertama perlawanan ditiup pengadil perlawanan, Michael Oliver.

Babak kedua perlawanan bermula menyaksikan dua pertukaran dilakukan oleh Brendan Rodgers dengan memasukkan Ademola Lookman dan Harvey Barnes, dan mengeluarkan Iheanacho dan Daniel Amaetey.

Pertukaran tersebut berjaya menjadikan Leicester lebih efektif di kedua-dua belah sayap, namun Ramsdale sekali lagi muncul wira The Gunners menangkis beberapa cubaan tepat, dan memintas hantaran lintang yang dilakukan Leicester.

Arsenal turut tidak berdiam diri dan cuba melakukan serangan setiap kali berbuat demikian dan hampir melebarkan kedudukan melalui Aubameyang pada minit ke-69 perlawanan.

Percubaan jarak dekat penyerang dari Gabon itu bagaimanapun berjaya ditampan oleh Schmeichel dengan kaki di atas garisan gol.

Arsenal selepas itu lebih berminat memperlahankan rentak perlawanan sekaligus mempertahankan kelebihan yang mereka miliki. Asakan demi asakan oleh Leicester selepas itu turut gagal membuka peluang untuk jaringan gol.

Kedudukan 0-2 kekal, dan Arsenal membawa pulang tiga mata berharga yang terus melonjakkan mereka di dalam kedudukan Liga Perdana Ingegris.

 

Leicester: Schmeichel, Thomas, Amartey, Soyuncu, Evans, Castagne, Soumare, Tielemans, Maddison, Iheanacho, Vardy

Subs: Ward, Bertrand, Barnes, Choudhury, Dewsbury-Hall, Vestegaard, Ndidi, Daka, Lookman


Arsenal:
Ramsdale, Tomiyasu, White, Gabriel, Tavares, Lokonga, Partey, Saka, Smith Rowe, Lacazette, Aubameyang

Subs: Leno, Odegaard, Maitland-Niles, Holding, Soares, Pepe, Elneny, Kolasinac, Martinelli

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN