Kedudukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United dilaporkan masih selamat buat masa ini,w alaupun khabar angin bertiup kencang menyatakan Antonio Conte bakal dilantik menggantikan pengendali dari Norway itu di Old Trafford.
Beberapa siri keputusan buruk yang memuncak selepas Red Devils dibelasah 5-0 oleh Liverpool di laman sendiri pada hujung minggu lalu menyebabkan ramai pihak hilang sabar – termasuk ahli lembaga pengarah (BOD) kelab.
Malah Pengarah Urusan Man Utd, Richard Arnold dilaporkan telah membatalkan semua temujanji semalam untuk mengadakan perjumpaan khas dengan pihak Glazer dan membincangkan masa depan Solksjaer.
Understand United's reservations but the obvious counter-point is the current manager is even more unsuitable. Conte's track record is outstanding. #mufc have missed the boat with top coaches time and again the last eight years.
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) October 26, 2021
Bagaimanapun laporan terkini dari Old Trafford mengatakan kedudukan Solskjaer buat masa ini selamat – sekurang-kurangnya untuk membimbing pasukan itu berhadapan Tottenham Hotspur pada hujung minggu akan datang.
BOD Man Utd juga dipercayai masih ragu untuk melantik Conte dan enggan tergesa-gesa membuat keputusan kerana tiga perkara berikut:
Sejarah Conte
Perkara pertama adalah disebabkan oleh sejarah Conte bersama kelab-kelab yang dikendalikan oleh beliau sebelum ini.
Man Utd mahukan seorang jurulatih yang mampu kekal lama untuk projek jangka masa panjang. Rekod Conte bersama kelab-kelab terdahulu pula menyatakan sebaliknya.
Karier kejurulatihan Conte bermula bersama Arezo. Hanya selepas setahun bersama kelab tersebut, Conte menyertai Bari (2007-2009), Atalanta (2009-2010), Siena (2010-2011), Juventus (2011-2014), Itali (2014-2016), Chelsea (2016-2018), dan Inter Milan (2019-2021).
There’s no doubt on Antonio Conte decision since days. He wants Manchester United job and he’d be ready to accept. But there’s still no official proposal on the table, as things stand tonight. 🔴 #MUFC
Manchester United are still thiking whether sacking or not Solskjær.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 25, 2021
Berdasarkan sejarah, Conte hanya kekal bersama sesebuah pasukan untuk maksimun tiga musim. Rekod Conte bersama dua kelab terakhir juga berakhir dengan kurang baik, dicemari hubungan keruh dengan pengurusan tertinggi kelab.
Ini bermakna tiada jaminan Conte akan kekal lama di Old Trafford. Tempoh Conte di Old Trafford juga mungkin akan berakhir kerana disunting kelab lain dengan tawaran lebih menarik, atau persengketaan dengan pemain atau pengurusan kelab.
Corak permainan
Sebab kedua ialah disebabkan oleh corak permainan yang diamalkan Conte tidak sesuai dengan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.
Seperti yang dilihat sebelum ini, kepulangan Ronaldo disambut meriah oleh semua pihak di Manchester United. Beliau bukan sahaja pemain bintang Red Devils. Lebih daripada itu, Ronaldo juga adalah legenda dan ‘anak emas’ kelab.
Hey man! What I mean is that if you look at Man Utd’s wins against all the big sides under Ole, the common denominator is relentless pressing that starts from the front three itself.
Ronaldo doesn’t offer that. We can’t afford not pressing teams like Liverpool. pic.twitter.com/UMKNgSAt6F
— Keesh (@keeshmatstats) October 24, 2021
Terkenal dengan corak permainan pantas dan agresif, Conte sentiasa mahukan pemain-pemain barisan hadapan melakukan pressing setiap kali bola berada di bawah penguasaan pihak lawan.
Ronaldo sememangnya seorang pemain istimewa dan mempunyai penyudah yang mampu memusnahkan mana-mana pasukan sekiranya diberikan peluang.
Tetapi Ronaldo bukanlah seorang penyerang yang memiliki work rate dan gemar berlari melakukan pressing. Musim ini bintang dari Portugal itu sudah pun dikritik dan dipersoalkan kesungguhannya mengejar bola.
Mengetepikan Ronaldo pula akan menjadi idea yang tidak bagus dan bukan pilihan untuk Conte.
Anak emas Ferguson
Anda harus tahu salah seorang yang sentiasa memberikan sokongan dan berada di belakang Ole Gunnar Solksjaer adalah Sir Alex Ferguson sendiri.
Ini bukan perkara menghairankan kerana Solskjaer adalah salah seorang pemain yang pernah beraksi untuk Ferguson suatu ketika dahulu.
Sebelum ini sudah ada cakap-cakap kedudukan Solksjaer di Old Trafford berada di dalam keadaan selamat disebabkan oleh pengaruh Ferguson.
Manchester United internal talks. Main part of board [Sir Alex Ferguson too] wants to give Solskjær another chance to be in charge for Tottenham game. 🔴 #MUFC
Pressure still high around Ole. No official talks with Antonio Conte – but he’d accept the job in the next days too. pic.twitter.com/Z5pPEfp7GG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 26, 2021
Kekalahan kepada Liverpool mungkin adalah kemuncak kesabaran BOD dan penyokong Man Utd terhadap Solksjaer.
Namun tidak bagi Ferguson. Terbaru, Ferguson dilaporkan mahu peluang terus diberikan kepada bekas super-sub beliau itu.
Penutup
Buat masa sekarang kita boleh simpulkan kedudukan Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus Manchester United masih lagi selamat.
Malah jurulatih dari Norway itu dijangka akan terus menerajui pasukan untuk berhadapan Tottenham Hotspur selepas ini.
Sebahagian daripada BOD termasuk Sir Alex Ferguson juga masih percaya agar peluang terus diberikan kepada Solskjaer. Malah sehingga kini belum ada sebarang tawaran dipercayai telah diberikan kepada Conte.
Tetapi siapa tahu dan boleh meramalkan apa yang akan berlaku selepas ini.