Dilihat Sebagai Kelab Terkaya Dunia, Ini Cara Newcastle Lepas FFP Dan Berbelanja Mewah Selepas Ini

Newcastle United kini sah bertukar pemilik selepas Public Investment Fund (PIF) melengkapkan pemindahan dana bernilai £305 juta kepada usahawan barangan sukan dan pemilik Sportsdirect, Mike Ashley.

Kumpulan pelaburan yang diketuai oleh Public Investment Fund (PIF) juga terdiri dari PCP Capital Partners dan RB Sports & Media (Kumpulan pelaburan) telah menyelesaikan pemerolehan Newcastle United Limited dan Newcastle United Football Club Limited ( “Newcastle United” atau “Club”) dari St. James Holdings Limited.

Pihak Liga Perdana Inggeris juga telah memberikan semua kelulusan yang diperlukan dan pemilikan ini selepai pada 7 Oktober 2021.

Persetujuan yang telah dicapai ini menandakan bahawa Newcastle United yang sebelum ini dipegang Mike Ashley kini telah bertukar milikan kepada pemilik baharu.

Kelab bola sepak terkaya dunia?

Public Investment Fund (PIF) yang menjadi tulang belakang pengambilalihan Newcastle United ditubuhkan pada 1971, adalah sebuah konsortium milik kerajaan Arab Saudi untuk mengurus kekayaan kerabat dari negara itu.

Ia mempunyai aset yang dianggarkan bernilai sekitar $500 billion.

Antara kepentingan PIF dalam urusniaga dunia adalah seperti di dalam syarikat seperti Live Nation, Boeing, Facebook, Citigroup, Disney, Bank of America, syarikat petroleum BP dan Uber.

PIF dipengerusikan sendiri oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman, dan Yashir bin Othman Al-Rumayyan bertindak selaku gabenor yang mengetuai pentadbiran konsortium tersebut.

Putera Mahkota Mohammad bin Salman sendiri juga dipercayai mempunyai kekayaan berjumlah £320 billion. Sebagai perbandingan, nilai kekayaan tersebut adalah 13 kali ganda berbanding kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang lain pada hari ini.

https://twitter.com/FootballlForAll/status/1446102904625041410

Ini menjadikan Newcastle United sebaga kelab bola sepak terkaya dunia. Bagaimana pula mereka bakal berbelanja pada jendela perpindahan akan datang?

Apakah had perbelanjaan oleh Newcastle United? Bagaimana mereka mampu berbelanja mewah tanpa risaukan peraturan kewangan UEFA (FFP)?

Kedudukan kewangan era Mike Ashley

Sebelum kita pergi jauh, ayuh fahami trend kewangan era Mike Ashley. Sepanjang hampir 14 tahun bergelar pemilik, Mike Ashley sebenarnya gagal membangunkan Newcastle United di dalam penjanaan keuntungan.

Tetapi ini tidak bermakna Newcastle United menanggung kerugian. Berdasarkam graf dan data oleh Swis Ramble, Newcastle United hanya menanggung kerugian pada 2017 dan 2020.

Kebanyakkan keuntungan pula datangnya dari penjualan pemain. Era Mike Ashley juga terkenal dengan pelaburan minimum terhadap pemain.

Kaedah itu membuatkan akaun Newcastle sebenarnya agak seimbang walaupun tidak menjana keuntungan sebanyak £200-£300 juta semusim seperti
kelab ‘Big Six’.

Tidak perlu hirau peraturan FFP

Pada tahun lalu seorang pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire berkata beliau telah mengkaji kadar keuntungan yang diraih oleh kelab tersebut, dan berapakah kadar perbelanjaan yang dibenarkan menurut perundangan FFP.

“Saya telah mengkaji jumlah keuntungan, dan berdasarkan jumlah terkini, NUFC merekodkan keuntungan FFP sekitar £82 juta pada setiap akhir musim selama dua musim berturut-turut bermula ada 2018/19,” ujar Maguire.

“Kerugian yang dibenarkan pula [menurut FFP] adalah pada £105 juta selama tempoh tiga tahun.

“Jika kita mengambil kira pemilik baharu akan memberikan kontrak selama 4 tahun untuk pemain baharu, ini bermakna NUFC boleh membelanjakan sekitar £150-200 juta pada setiap jendela perpindahan – dan kekal pada had maksima yang ditetapkan oleh Premier League sendiri.

“Mungkin tidak ramai yang menggemari Mike Ashley, namun beliau meninggalkan legasi kewangan yang amat menarik untuk mana-mana hartawan yang berminat dengan pengambilalihan.”

Perubahan peraturan FFP sendiri

FFP sebelum ini sering dikaitkan dengan PSG dan Manchester City. Untuk tempoh dua sehingga tiga tahun berikutnya, keadaan mungkin berubah selepas UEFA mengendurkan penguatkuasaan peraturan tersebut berkuatkuasa musim panas lalu. Peraturan ini juga bakal memanfaatkan kelab dengan pemilik jutawan seperti Newcastle United.

Mengendurkan penguatkuasaan dianggap perlu buat masa ini oleh UEFA memandangkan semua kelab di eropah mengalami masalah kewangan yang sama akibat pandemik yang melanda dunia.

Pengenduran peraturan ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk kelab yang memiliki struktur kewangan yang kukuh untuk berbelanja, sekaligus membantu aliran tunai dan kelab-kelab yang terpaksa menjual aset masing-masing demi kelangsungan.

Ini termasuklah membenarkan pemilik kelab-kelab elit di eropah meletakkan pelaburan tambahan dari poket sendiri kepada kewangan kelab seperti apa yang dilakukan pada Jun lalu.

Langkah ini bagaimanapun hanya dibenarkan dalam suasana pandemik ini. Ia termasuk sebarang kerugian melebihi €30 juta untuk tiga tahun audit secara berturut-turut tidak akan digunapakai untuk tindakan susulan disebabkan FFP.

Laporan kewangan untuk 2020 juga tidak akan diambil kira untuk audit FFP. Tetapi laporan kewangan tahun tersebut akan dibawa ke hadapan untuk 2021. Laporan kewangan untuk kedua-dua tahun tersebut akan diambil kira sebagai satu laporan yang akan diaudit bersama dan bebas dari peraturan FFP.

Ini bermakna sebarang kerugian melebihi €30 juta seperti sebelum ini tidak akan dikenakan tindakan, asalkan ianya jelas terdapat defisit kerugian disebabkan COVID-19. Newcastle United sendiri dalam laporan kewangan pada 2020 melaporkan kerugian sebanyak £23  juta akibat pandemik.

Penutup

Lagipun Newcastle United tidak dijangka akan beraksi di peringkat eropah dalam masa terdekat. Ia mungkin mengambil proses selama dua atau tiga musim untuk mereka berbuat demikian.

Paling pantas sekalipun, Newcastle United memerlukan dua jendela perpindahan dan satu musim penuh untuk berbuat demikian. Ini bermakna paling logik, Newcasle akan mensasarkan aksi di eropah pada musim 2023/24. Sehingga itu mereka tidak terikat dengan peraturan FFP.

Disebabkan keseluruhan keadaan ini seperti yang dijelaskan di atas, jangan hairanlah mengapa Newcastle United mampu berbelanja sesuka hati mereka pada musim panas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN