JDT Mahu Sahkan Kejuaraan Liga Lebih Awal, Terengganu Mahu Kekal Di Liga Super

Di atas kertas ia adalah satu perlawanan yang dianggap agak memihak kepada JDT.

JDT memerlukan kemenangan untuk menjadi juara mutlak walau apa juga keputusan yang dicatatkan oleh Felda United pada hari berikutnya.

Prestasi semasa JDT & Terengganu

JDT masih belum tewas dalam 7 perlawanan (kesemua pertandingan) berturut-turut selepas kali terakhir tewas di tangan Perak pada 30 Julai 2016 yang lalu.

Daripada 6 perlawanan Liga Super terakhir mereka, JDT menang 5 kali dan seri sekali. Hanya Pulau Pinang yang berjaya mengikat mereka dalam tempoh tersebut.

Manakala Terengganu masih gagal menang mana-mana perlawanan (semua pertandingan) dalam 10 perlawanan terakhir.

Kemenangan terakhir mereka adalah ke atas Felda (0-1) pada 16 Julai 2016 lepas dalam saingan Piala Malaysia.

Gambar oleh imotai | www.asiana.my
Gambar oleh imotai | www.asiana.my

Daripada 6 perlawanan terakhir Liga Super, Terengganu seri 3 kali dan kalah 3 kali.

Statistik 6 perlawanan Liga Super terakhir

[table]
,JDT,Terengganu,
Perlawanan,6,6,
Mata,16,3
Gol,12,4,
Gol/perlawanan,2.00,0.67
Bolos,4,10,
Bolos/perlawanan,0.67,1.67,
[/table]

Rekod 6 pertemuan terakhir JDT vs Terengganu

red

JDT menang – 5 (83%)
Terengganu menang – 0
Seri – 1 (17%)

Previu taktikal

ter

JDT

Formasi Pilihan: 4-4-1-1

Karakter Pasukan

  • Menyerang dari tengah
  • Mencipta peluang gol berterusan
  • Pemain yang berteknikal tinggi

Kekuatan

  • Menyudahkan peluang di hadapan gol
  • Ancaman melalui situasi bola mati
  • Menyempurnakan counter attack
  • Bertahan dari dibolosi

Kelemahan

  • Memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti

Terengganu

Formasi Pilihan: 4-3-3

Karakter Pasukan

  • Menyerang dari sayap kanan
  • Mencipta peluang melaui hantaran through passes
  • Gemar melakukan cubaan jarak jauh

Kekuatan

  • Ancaman melalui situasi bola mati
  • Counter attack dari bahagian sayap

Kelemahan

  • Kreativiti berhadapan dengan pasukan yang bertahan dengan baik
  • Kesilapan individu ketika bertahan yang membawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan
  • Mengeluarkan hantaran lintang tinggi
  • Bertahan ketika situasi bola mati
  • Mengelakkan dari dibolosi

Fakta perlawanan

  • JDT masih belum tewas dalam Liga Super di tempat sendiri dengan 8 kemenangan dan 1 seri dengan rekod 24 gol dan bolos 5. Seri dicatatkan ketika Piala Sumbangsih dan juga merupakan perlawanan pertama Liga Super menentang Selangor.
  • JDT mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut di tempat sendiri
  • Terengganu pula hanya menang sekali daripda 9 perlawanan di tempat lawan iaitu menentang Pahang di Kuantan lebih daripada 7 bulan yang lalu.
  • Kemenangan terbesasr JDT di tempat sendiri dalah 5-0 ke atas pasukan Kedah.
  • Terengganu tidak pernah menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam kempen Liga Super musim ini
  • JDT berjaya mengelak daripada dibolosi dalam 3 daripada 5 perlawanan terakhir Liga Super
  • Rekod 24 pertemuan terakhir kedua dua pasukan diungguli oleh JDT dengan 15 kemenangan dan 4 seri dengan 38 gol oleh JDT – dan 22 gol oleh Terengganu

photo_2016-09-09_12-25-18

Pemain Tumpuan

Jorge Pereyra Diaz (JDT)

Calon permain terbaik bulanan PFAM-Asiana untuk Ogos 2016 ini adalah pemain yang konsisten dengan prestasi beliau. Beliau adalah ‘otak’ kepada taktikal JDT.

Sebelum wisel

Jika menang JDT sudah boleh meraikan kejuaraan mereka untuk kali ketiga berturut-turut atau hatrik. Belum ada pasukan yang melakukannya setakat ini.

Jika seri atau kalah mereka harus menunggu keputusan Felda United yang harus menang.

Jika JDT tewas dan Felda hanya mampu seri, JDT masih boleh meraikan kejuaraan mereka kerana perbezaan jaringan yang agak besar.

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Untuk Terengganu, ia sudah pasti perlawanan yang mereka anggap tidak boleh kalah. Mereka hanya 1 mata di atas zon penyingkiran.

Namun menariknya adalah perlawanan terakhir mereka adalah menentang Pulau Pinang yang mungkin akan menjadi final kepada siapa yang akan kekal.

Berbalik kepada perlawanan ini,  ia perlawanan yang sukar untuk Terengganu namun itulah yang harus mereka lalui untuk kekal dalam liga utama. Sebarang mata yang berjaya dibawa dari Larkin adalah sangat bermakna untuk Terengganu.

Rekod mungkin tidak memihak kepada mereka kerana Larkin bukan tempat yang mereka gemar untuk kunjungi.

Baca juga: Stadium Tun Abdul Razak: Matchday Experience FELDA United vs JDT Yang Gila

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN