FIFA mengeluarkan kenyataan rasmi mereka bertarikh 8 September – berkenaan keputusan rayuan oleh Real Madrid dan Atletico Madrid mengaku tidak bersalah berkaitan isu perpindahan pemain di bawah umur (bawah 18 tahun).
2 kelab yang berpangkalan di kota Madrid tersebut gagal meyakinkan jawatankuasa FIFA dalam rayuan merka.
Lantas mereka akan mulai menjalani penggantungan satu musim atau 2 jendela perpindahan kerana kesalahan dalam pembelian pemain di bawah umur 18 tahun.
Hukuman tersebut sepatutnya dikuat kuasa pada Januari lalu namun kedua dua kelab mengambil keputusan untuk membuat rayuan- jadi penggantungan tersebut dibekukan sehingga keputusan ke atas rayuan mereka dibuat.
Ia pernah terjadi kepada Barcelona atas kesalahan yang sama mereka lakukan pada 2014. Justeru, selepas itu Barcelona dilarang mendaftarkan Arda Turan dan Aleix Vidal sehinggalah hukuman mereka tamat.
Jawatankuasa Disiplin FIFA yakin mereka telah mengambil keputusan yang tepat untuk menolak rayuan tersebut berdasarkan hujah yang kuat di bawah akta perlindungan perpindahan pemain di bawah umur yang anda boleh rujuk di pautan Protection Of Minors di bawah Perkara 19.
Apakah Itu Perkara 19?
Perkara 19 adalah akta khusus berkaitan dengan perlindungan pemain di bawah umur 18 tahun dan melarang mereka daripada sebarang perpindahan antarabangsa.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga pengecualian yang khas kepada peraturan ini:
- Jika ibu bapa pemain itu berpindah ke negara di mana terletaknya kelab itu.
- Jika perpindahan berlaku sekitar Kesatuan Eropah atau Kawasan Ekonomi Eropah
- Jika tempat tinggal pemain tersebut kurang daripada 100 kilometer dari kelab.
FIFA Tegas Dalam Isu Ini
FIFA mengakui keputusan itu mungkin agak keras namun mereka mahu memastikan para pemain bawah umur mendapat perlindungan terbaik kepada perkembangan mereka.
Hukuman tersebut sepatutnya dikuat kuasa pada Januari lalu namun kedua dua kelab mengambil keputusan untuk membuat rayuan- jadi penggantungan tersebut dibekukan sehingga keputusan ke atas rayuan mereka dibuat.
Real dan Atletico masih boleh membeli atau menjual pemain mereka sepanjang tempoh penggantungan tetapi – tidak boleh mendaftarkan mana-mana pemain ke dalam pasukan mereka sehingga Januari 2018.
Walaubagaimanapun, hukuman ini terkecuali kepada pasukan bola sepak wanita, bola pantai dan futsal kedua dua kelab tersebut.
Real Madrid didenda €822,000 manakala Atletico didenda €323,000 dan diberikan teguran dan amaran yang keras oleh FIFA.
Mereka juga diberikan tempoh 90 hari untuk memperbaiki status dan kedudukan berberapa pemain muda di dalam kelab mereka.
Selepas mendengar rayuan mereka ditolak – Real Madrid terus mengumumkan bahawa mereka akan mencabar keputusan FIFA ini dengan membawa kes ini ke Mahkamah Abitrari Sukan.
Sebagai tambahan – FIFA meneriman 2,716 laporan ke atas isu yang sama. Namun 330 daripadanya ditolak oleh FIFA.
Baca juga : Bridge Transfer: Mengapa Roberto Carlos Berpindah Ke Kelab Bawahan Uruguay Sebelum Ke Real Madrid