Analisis Taktikal: Transisi Fasa 5-3-2 Elavarasan Bantu Sarawak Utd Perangkap Harimau Kumbang

Pertemuan pertama pasukan dari Liga Super menentang pasukan dari Liga Premier di saingan Liga Malaysia pada musim ini berlangsung di Stadium Bandaraya, apabila Penang FC menyambut kedatangan Sarawak United.

Ia adalah perlawanan pusingan pertama Kumpulan A, dan skuad kendalian Tomas Trucha dijangka akan berhadapan dengan saingan sengit naib juara Liga Premier itu.

Formasi pasukan

Sistem 4-1-4-1 Tomas Trucha untuk Penang FC.

Pasukan tuan rumah, Penang FC turun dengan formasi 4-1-4-1.

Penyerang dari Brazil, Casagrande mengetuai jentera serangan skuad Harimau Kumbang, tatkala dua pemain sayap Al-Hafiz Harun dan Sheriddin Boboev akan menjadi ancaman dari sebelah sisi kiri dan kanan di bahagian sayap.

Di bahagian tengah, gandingan David Rowley dan Danial Ashaf di pertaruhkan untuk mengawal jentera tengah bersama Endrick dos Santos yang berperanan sebagai No.10.

Sarawak United pula tampil dengan formasi yang agak unik dalam perlawanan ini. Di atas kertas, jurulatih berpengalaman, E. Elavarasan tampil dengan sistem 5-3-2.

Sistem 5-3-2 E.Elavarasan untuk Sarawak United.

Di dalam sistem ini Tommy Mawat dan S. Chanturu jelas akan bertindak selaku bek sayap di transisi serangan. Pemain dengan jersi No.6, Zahril Azri pula akan bertindak selaku defensive midfielder tatkala Uche Agba akan mengetuai jentera serangan skuad Enggang Emas.

Transisi 5-3-2 Elavarasan

Di atas kertas, sistem E. Elavarasan jelas kelihatan seperti 5-3-2. Di fasa serangan, ia kelihatan seperti 2-4-4. Dan perubahan transisi di dalam perlawanan ini dilakukan dengan pantas sekali oleh pemain-pemain Sarawak.

Dengan sistem ini, pelan taktikal Sarawak United amat jelas. Pertama ialah untuk meneutralkan ancaman dua pemain sayap Penang FC, iaitu Al Hafiz Harun (sayap kanan) dan Sheriddin Boboev (sayap kiri). Kedua, ialah untuk menguasai bahagian tengah permainan.

Sistem ini membenarkan Sarawak memiliki kelebihan numerical ketika bertahan, dan pada masa yang sama mengubah permainan ke transisi serangan dengan pantas. Inilah yang berlaku beberapa kali dalam perlawanan ini yang telah memerangkap Penang FC – khususnya melalui gerakan bek kiri, Tommy Mawat Bada.

Rajah 1: Larian Tommy Mawat membantu serangan.

 

Di fasa serangan Tommy akan bertindak sebagai pemain sayap. Pemain ini tidak risau untuk meninggalkan posisi beliau di bahagian pertahanan kerana adanya Khair Jones sebagai cover-up di belakang beliau. Begitu juga pemain berjersi No.6, Muhamamad Zahril Azri yang beraksi cemerlang selaku defensive midfielder.

Sepanjang perlawanan, kita boleh menyaksikan bagaimana larian dari Tommy memerangkap pertahanan Penang FC.

Setiap kali Sarawak melakukan serangan, Tommy akan aktif dengan lariannya di sebelah sisi walaupun tanpa bola. Ashri Chuchu pula akan berada di bahagian dalam membantu serangan – sekaligus memberikan ruang kepada Tommy mengeksploitasi ruang di sebelah kiri serangan.

Rajah 2: Salah satu ancaman Tommy Mawat yang menghadirkan ancaman kepada Penang FC.

Corak yang sama juga boleh dilihat seperti di dalam Rajah 4 di bawah. Tommy secara konsisten menjadi ancaman di bahagian sisi Penang FC. Perhatikan keduduka Ashri Chuchu yang lebih ke dalam dan juga Sandro Mendonca yang berada di belakang.

Kedudukan ini memudahkan hantaran sesama pemain diteruskan sekiranya keadaan memerlukan. Bagaimanapun, melalui gerakan di dalam Rajah 4, gol pertama Sarawak United terhasil apabila hantaran Tommy berjaya disambar Uche Agba melalui satu overhead kick yang cantik.

Rajah 3: Hantaran lintang Tommy membuahkan hasil untuk gol pertama Sarawak United.

Satu perkara yang menarik perhatian mengenai transisi permainan Sarawak United ialah mengenai kedudukan pemain-pemain yang tidak rigid berada di kawasan tertentu.

Rajah 4: Dua centre back melakukan larian untuk gol kedua Sarawak United.

Rajah 5 misalnya menunjukkan bagaimana salah satu serangan balas pantas Sarawak United selepas memintas sepakan penjuru Penang FC disempurnakan oleh bek tengah, Khair Jones.

Bermula dengan tandukan clearance kapten pasukan, Taylor Regan, bola dilarikan Stuart Wark yang menghantar bola kepada Sandro sebelum lorongan dilakukan untuk disempurnakan oleh Khair Jones.

Ini bukan kali pertama Khair Jones berhadapan situasi tersebut. beliau hampir menjaringkan gol pada babak pertama hasil gerakan yang hampir sama pada babak pertama perlawanan.

Rajah 5: Bentuk pasukan di fasa bertahan Sarawak United.

Seperti apa yang dikatakan tadi, sistem 5-3-2 ini juga adalah untuk Sarawak United mengawal bahagian tengah. Rajah 5, Sandro Mendonca sering kali dilihat bergandingan dengan Zahril di fasa bertahan.

Gandingan Danial Ashraf dan Endrick Dos Santos sering kali bergelut dengan kelebihan numerical yang dimiliki oleh pemain Sarawak membuatkan serangan dari bahagian tengah Penang FC lumpuh.

Rajah 6: 5-3-2 yang kelihatan seperti 2-4-4 di fasa serangan.

Dominasi penuh permainan Sarawak United di dalam perlawanan ini boleh dilihat melalui purata hantaran dan posisi sepertimana di dalam lakaran di Rajah 6 di atas.

Rumusan

Tidak dapat dinafikan keadaan hujan di Stadium Badaraya pada malam perlawanan sedikit sebanyak telah mengganggu rentak perlawanan.

Dari segi taktikal, apa yang dipersembahkan oleh Sarawak United sebenarnya agak menarik untuk disaksikan. Pemain-pemain mereka sentiasa bergerak dan tidak tertumpu kepada satu peranan semata-mata bergantung kepada arahan taktikal yang diberikan.

Uche Agba dan Khair Jones mungkin dianggap wira kerana jaringan yang dihasilkan. Kredit juga harus diberikan kepada Sandro Mendonca, Zahril Azri dan Tommy Mawat yang boleh dianggap sebagai tulang belakang taktikal pasukan.

Pemain terbaik perlawanan pilihan kami ialah: Tommy Mawat Bada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN