Pengarah Chelsea dan orang paling kanan kepada Ramon Abramovich di Stamford Bridge, Marina Granovskaia dilaporkan bersedia untuk menjual salah seorang pemain utama Chelsea pada Januari ini.
Pemain yang dimaksudkan adalah pemain pertahanan, Antonio Rudiger. Masalahnya Rudiger kini adalah antara pemain penting pengurus pasukan, Thomas Tuchel pada musim ini selepas memainkan peranan penting membantu The Blues menjuarai UEFA Champions League pada musim lalu.
Bukan sahaja Rudiger adalah pemain pilihan Tuchel. Beliau juga adalah pemain kegemaran penyokong di Stamford Bridge yang melihat kelibat pemain dari Jerman itu seperti seorang hero.
Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu kini berada di tahun terakhir kontrak, dan perbincangan mengenai kontrak baharu turut sedang berjalan.
Real Madrid and PSG are keen on Antonio Rudiger.
He would happily stay at Chelsea but there's caution around the club at offering him a large contract
Sevilla's Kounde is still a major target: https://t.co/Wscvw6X7qV#CFC
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) September 15, 2021
Masalahnya kem Rudiger dilaporkan menuntut peningkatan gaji yang agak tinggi untuk beliau kekal di London. Bayern Munich, Paris Saint-Germain, dan Real Madrid adalah antara kelab yang turut memerhati situasi Rudiger di Chelsea.
Sekiranya tiada persetujuan mampu dicapai di antara kedua-dua pihak pada Januari, Granovskaia akan memilih untuk menjual pemain itu.
Hasil penjualan Rudiger dilaporkan akan digunakan Chelsea untuk mendapatka Jules Kounde. Pemain Sevilla itu sememangnya berada di dalam radar Chelsea pada jendela perpindahan musim panas lalu, tetapi tiada persetujuan berjaya dicapai oleh kedua-dua kelab.
Penjualan Rudiger sudah pasti akan bertentangan dengan kehendak Tuchel yang berulang kali memuji persembahan dan prestasi yang ditampilkan pemain pertahanan tengah itu.
🔗Chelsea have opened talks with Antonio Rudiger over a new contract but remain cautious over his demands, with both Paris Saint-Germain and Real Madrid keeping an eye on the situation.
-Goal Sport #CFC pic.twitter.com/cMqTHSvW7N
— Sports Pack⚽️🎾⚾️🏈🏂🏇🏻 (@Sports_Pack1) September 15, 2021
“Tidak ada perkara lain yang lebih baik dari memberikan beliau kontrak baharu,” kata Tuchel pada Mei lalu.
“Jika beliau mahukan kontrak baharu, maka beliau akan mendapat sokongan penuh dari kami semua untuk kekal di sini.
“Beliau menggunakan prestasi beliau untuk bercakap; beliau amat menakjubkan sejak hari pertama. Kami terus memilih beliau untuk perlawanan pertama walaupun baru sehari berlatih.
“Ia mungkin tidak berapa adil buat Kurt [Zouma] kerana Rudiger adalah pemain Jerman, dan saya lebih jelas mengenai kemampuan beliau kerana telah mengikuti perkembangannya lebih kerap berbanding Kurt Zouma.
Marina Granovskaia's next mission with Chelsea defender's contract talks yet to be agreed.https://t.co/Ln4rdNprWy
— Chelsea FC News (@Chelsea_FL) September 7, 2021
“Saya jelas dengan apa yang beliau mampu sumbang kepada pasukan dan peluang itu tidak disia-siakan. Sejak dari itu beliau adalah pilihan utama. Beliau juga adalah seorang pemimpin yang agresif. Beliau tidak suka kalah, sukar ditewaskan ketika perebutan bola di udara, sangat berani, dan amat bertenaga ketika bertahan.
“Rudiger adalah contoh kepada pemain lain dan sangat positif. Sebab itulah saya sukakan dia. Dan jika semua [kualiti] itu disalurkan kepada prestasi di atas padang, maka sudah tentu kami gembira beliau bersama kami.”