Di atas kertas, AC Milan hanya salah sebuah pasukan pernah bergelar gergasi eropah, da digeruni lawan pada lewat 1990an atau pun awal millenium.
Milan adalah sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah dan tradisi, namun penampilan mereka di saingan domestik dan pertandingan eropah sejak 10 tahun yang lalu dianggap kurang memberangsangkan.
Kali terakhir Milan tampil di pertandingan elit peringkat kelab benua eropah ini adalah pada musim 2013/14, mara sehingga ke pusingan 16 pasukan terbaik sebelum disingkirkan oleh Atletico Madrid.
#LiverpoolMilan: The magic of the @ChampionsLeague returns with a great game! 😍
Torna la magia della Champions e torna con la grande sfida di Anfield! 😍#BackHome #SempreMilan #UCL pic.twitter.com/Xot0Sg4gGA
— AC Milan (@acmilan) September 15, 2021
Namun ini tidak bererti Liverpool boleh memandang ringan kelab yang berpengkalan di San Siro ini yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah Liverpool sendiri di pertandingan ini – melibatkan dua pertemuan di perlawanan akhir di Istanbul pada musim 2004/05, dan dua musim berikutnya juga di pentas sama di Athens.
Selepas itu Milan hanya pernah mara ke suku akhir sekali sahaja, dengan kebanyakkan kempen tersekat di peringkat kumpulan atau pusingan kedua, sebelum sekadar mewarnai pertandingan Europa League sejak berberapa musim lalu.
Ibrahimovic bangkitkan Milan
Mulai mengendalikan AC Milan pada 2019, Stefano Pioli membentuk Milan yang baharu menerusi gandingan pemain berpengalaman dan muda.
Musim lalu dianggap sebagai antara persembahan terbailk Milan di saingan Serie A apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua, di belakang seteru setempat, Inter Milan yang menjulang Scudetto.
Antara pemain senior di dalam skuad AC Milan kendalian Pioli adalah seperti Zlatan Ibrahimovic yang menjadi inspirasi kepada kebangkitan mereka pada musim lalu. Musim ini, Milan turut merekrut penyerang Perancis, Olivier Giroud ke dalam pasukan untuk menambah pengalaman kepada skuad muda sedia ada.
https://twitter.com/AnfieldFootball/status/1437745675438116868
Usia pemain-pemain di AC Milan pada musim ini juga menunjukkan mereka memiliki antara barisan pemain muda yang ampuh. Atau boleh kita sifatkan sebagai “budak muda” yang sedia untuk menampilkan kematangan di atas padang.
Disebabkan itu, walaupun tanpa Ibrahimovic dalam perlawanan sulung Champions League mereka menentang Liverpool pada awal pagi nanti, Jurgen Klopp dan skuad kendaliannya harus sentiasa berwaspada akan ancaman yang mampu ditampilkan senjata muda Milan.
Berikut adalah antara pemain yang mampu memberikan masalah kepada Liverpool sekiranya tidak berhati-hati dengan percaturan pada awal pagi nanti:
Rafael Leao
Secara keseluruhan Rafael Leao telah melakukan 40 penampilan pada musim lalu.
Musim ini beliau ditempatkan kembali di posisi sayap kiri. Bintang dari Portugal itu setakat ini beraksi di dalam semua tiga perlawanan Serie A setakat ini yang berakhir dengan kemenangan.
🎙️ Rafael #Leao to #DAZN: "It's clear that great players want to play against great teams. It was a good challenge in front of our fans, winning is always beautiful" pic.twitter.com/xk3hamQIDK
— Milan Posts (@MilanPosts) September 12, 2021
Walaupun tidak beraksi 90 minit dalam semua tiga perlawanan tersebut, Rafael Leao sudah menghasilkan dua gol pada musim ini. Musim lalu, pemain ini hanya menghasilkan enam gol untuk keseluruhan musim.
Ini bermakna Rafael Leao sudah menunjukkan beliau berjaya memperbaiki sentuhan penyudahnya. Kehadiran pemain seperti Rafael Leao akan menyukarkan pemain bek kanan lawan, Trent Alexander-Arnold untuk meninggalkan posisi dan membantu bahagian serangan The Reds seperti yang biasa pemain itu lakukan.
Ante Rebic
Tampil cukup baik pada musim lalu dengan 11 gol dan 9 assist dari 30 perlawanan, Ante Rabic juga berjaya menghasilkan prestasi yang sama walaupun dengan kaedah yang berlainan untuk Milan pada musim ini.
Kebangkitan Rafael Leao menyebabkan Ante Rebic hilang posisi sayap kiri. Namun dalam perlawanan menentang Lazio baru-baru ini, Rebic digunakan oleh Pioli sebagai penyerang – di mana beliau menghasilkan dua assist untuk membantu kemenangan Milan.
Ante Rebic made 7 key passes in #ACMilan's 2-0 win over Lazio on Sunday evening, a record in a Serie A match this season.
[via @WhoScored] pic.twitter.com/7d1Lpenzqy
— MilanData📊 (@acmilandata) September 13, 2021
Ketiadaan Ibrahimovic akibat kecederaan dan keadaan Olivier Giroud yang belum cergas sepenuhnya selepas dijangkiti virus pandemik, Rebic kemungkinan besar akan menjadi harapan Milan di barisan hadapan sekali lagi.
Walaupun belum menampilkan sentuhan penyudahnya pada musim ini, pemain seperti Rebic mampu membantu pasukan dengan menghasilkan assist yang akan memberi masalah kepada Liverpool sekiranya leka.
Brahim Diaz
Gagal mendapatkan penyerang di pasaran pemain pada musim panas lalu, Stefano Piolo meneruskan perjanjian pinjaman Brahim Diaz.
Bintang dari Sepanyol itu adalah pilihan utama di posisi N0.10 dan sehingga kini telah tampil dalam semua tiga perlawanan Serie A untuk AC Milan.
🎙️ #Shevchenko on #Gazzetta: #BrahimDiaz? “I like his movements on the pitch since he always finds some space within the defenders”. pic.twitter.com/PUMWad0XMV
— Milan Posts (@MilanPosts) September 13, 2021
Kepercayaan yang diberikan Pioli tidak disia-siakan oleh pemain dari Sepanyol itu dan sehingga kini telah menghasilkan satu assist dan 1 gol untuk Milan.
Kepantasan dan kelincahan pemain seperti Brahim Diaz akan menjadi ujian sebenar kepada pemain pertahanan terbaik dunia milik Liverpool, Virgil van Dijk.
Penutup
Mampukah Milan mengembalikan era kegemilangannya di pentas elit bola sepak eropah? Sejauh mana Piolo dan anak buahnya mampu mengancam Liverpool?
Atau adakah Liverpool terlalu gah dengan status elit kelan paling elit di eropah sehingga sukar digugat Milan? Kita saksikan sama-sama perlawanan pada awal pagi nanti.