MFL: Terima Kasih Khalid Ali, Atas Cadangan Yang Konstruktif

Khalid Ali MFL terima kasih

Akhirnya, badan penganjur Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) mengambil perhatian atas cadangan bekas pemain bola sepak negara, Khalid Ali mengenai perancangan bagi saingan Liga Premier.

Menurut cadangan Khalid Ali, saingan Liga Premier wajar dijadikan lubuk untuk pemain tempatan beraksi tanpa kehadiran pemain-pemain import. Ia bagi membolehkan pemain tempatan kembali mendapat tempat.

Katanya kepada Sinar Harian, “Semua pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super mahukan kejayaan dengan segera. Disebabkan itu, mereka ambil pemain import di semua posisi, baik pertahanan, tengah mahupun penyerang kerana mereka kejar kejuaraan. Dalam keadaan ini, mungkin FAM [Persatuan Bolasepak Malaysia] boleh mengambil tanggungjawab dengan menjadikan Liga Premier lebih lokal [tempatan].”

Melihat kepada analisis oleh OptaJ, pada minggu ke-21, 10 daripada 12 pasukan di Liga Super menggunakan lebih 50 peratus pemain import dengan Sabah FC dan PJ City yang kurang atau tiada pemain import.

PJ City sudah diketahui menggunakan sepenuhnya tenaga pemain tempatan, sementara Sabah FC pula menggunakan 41.3 peratus tenaga import ketika dibelasah Selangor FC dengan keputusan 0-6 tempohari.

Penang FC pula menggunakan hampir sepenuhnya tenaga import dengan 96 peratus pemain yang diturunkan minggu lalu adalah pemain import. UiTM FC di kedudukan kedua dengan 93.3 peratus pemain.

Jadi, ada benarnya kenyataan Khalid Ali tentang penggunaan pemain import di kalangan pasukan Liga Super.

“Daripada situ [pemain tempatan di Liga Premier], kita dapat memberikan peluang kepada semua pemain tempatan untuk bermain dan mendapat minit secukupnya,” tambah Khalid Ali lagi mengenai cadangannya.

“Pemain tempatan yang kurang dapat tempat dalam Liga Super boleh perbaiki permainan mereka. Mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun, mereka akan dapat cabar pemain import dalam Liga Super.

“Situasi itu sekali gus membolehkan kebanyakan pasukan Liga Malaysia [Liga M] menyediakan pemain yang lebih berkualiti untuk beraksi dengan skuad kebangsaan,” jelasnya tentang kesan perubahan tersebut.

MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam yang dipetik daripada Harian Metro telah berkata, “Cadangan Khalid Ali ialah cadangan yang perlu dipertimbangkan secara mendalam.”

“Kena ada kaji selidik dan perbincangan membabitkan semua pihak secara keseluruhan [rakan kongsi].

“Satu cadangan yang baik dan bagus tapi proses itu perlu dapatkan pandangan semua dari pihak FAM, pasukan dan juga melihat struktur liga, di mana ia juga libatkan kontrak pemain dan kejohanan secara adil.

“Maksudnya, seperti saingan Piala Malaysia dan Piala FA yang akan babitkan pertembungan dengan pasukan di Liga Super dan Liga Perdana,” tegas Stuart Ramalingam mengenai perbezaan yang akan dirasai nanti.

“Apapun saya ucapkan terima kasih kerana itu cadangan yang konstruktif untuk kebaikan bola sepak kita,” tambahnya yang baru sahaja memulakan tugasnya bersama MFL selepas meninggalkan FAM pada Ogos lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN