Guardiola Tak Sedar Diet Pelik Jamie Vardy

Minum banyak sup adalah kunci kepada Ferran Torres untuk menjadi sehebat Jamie Vardy, kata Pep Guardiola.

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini, Guardiola menafikan Torres adalah mirip Vardy. Tetapi pengendali dari Sepanyol itu berpendapat gerakan kedua-dua pemain itu ketika aksi di atas padang mempunyai persamaan.

Torres seperti Vardy

Pada usia 21 tahun, Torres masih memiliki banyak masa untuk berada di tahap seperti penyerang The Foxes itu. Anehnya Guardiola percaya Torres mampu memiliki keupayaan seperti Vardy sekiranya minum banyak sup pada waktu makan malam.

“Saya tidak membandingkan Ferran Torres dengan James Vardy. Saya cuma berkata Ferran mempunyai persamaan dari segi gerakan,” kata Guardiola.

“Ferran harus minum lebih banyak sup pada waktu makan malam untuk berada di tahap seperti Vardy dan apa yang dicapai pemain itu di dalam kariernya. Vardy berusia 33 dan bakal berusia 34 tahun ini. Ferran pula 21 dan bakal berusia 22 tahun. Ferran baru sahaja bermula [sebagai pemain bola sepak], dan Vardy pula telah menampilkan perkara yang menakjubkan [sepanjang karier].

Guardiola tak tahu

Namun terdapat beberapa perkara yang Guardiola tidak tahu atau terlepas pandang mengenai diet yang diamalkan oleh penyerang Leicester itu, khususnya pada hari perlawanan.

Diet yang diamalkan Vardy pada hari perlawanan sebelum ini pernah menarik perhatian dan pertanyaan, sama ada ia sihat untuk diamalkan.

https://twitter.com/FootbalIStuff/status/1349627864816214022

Vardy pernah mendedahkan beliau akan minum tiga tin minuman penambah tenaga Red Bull dan menikmati makanan lain seperti keju, ham, telur dadar dan kacang panggang pada hari perlawanan.

Pada malam sebelum perlawanan, Vardy turut akan menikmati segelas minuman beralkohol sepanjang musim 2015/16 yang menyaksikan Leicester mengejutkan ramai muncul juara Premier League.

Pengakuan Vardy

“Apabila perlawanan jam 3pm pada Sabtu, saya akan menikmati setin Red Bull sebaik bangun pagi. Hanya 30 saaat, terus habis diminum,” dedah Vardy kepada majalah Men’s Health.

“Saya tidak menikmati sarapan dan tidak makan apa-apa sehingga saya memperolehi keju, ham bersama telur dadar, dan kacang panggang pada jam 11:30 pagi. Saya akhirinya dengan satu tin lagi minumam Red Bull, yang juga diambil dengan pantas.

“Kami akan berada di bilik persalinan sejam setengah sebelum sepak mula, dan saya akan minum satu tin lagi Red Bull dengan pantas.”

Mengenai minuman beralkohol yang dinikmati pada malam sebelum perlawanan, Vardy berkata beliau tidak tahu bila tabiat itu bermula, tetapi ia berterusan sehingga ke hari ini selepas musim 2015/16.

“Saya bukannya percayakan perkara karut selepas menjaringkan gol menentang Southampton pada hari pertama perlawanan, tetapi saya tidak mahu mengubah rutin itu.

“Saya akan mengisi satu plastik kecil atau botol Lucozade dengan minuman beralkohol dan akan menikmatinya sambil menonton televisyen. Ia ibarat seperti Ribena kepada saya, dan ia membantu saya tidur dengan nyenyak pada malam sebelum perlawanan.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN