Pemain-pemain dari Brazil yang sepatutnya hadir untuk tugasan antarabangsa dalam tempoh dua minggu lalu tetapi tidak berbuat demikian kerana dihalang oleh pihak kelab sepatutnya tidak dibenarkan untuk melakukan penampilan bersama kelab masing-masing untuk perlawanan Premier League pada hujung minggu ini.
Perkara itu berlaku sedemikian selepas Brazil FA mengaktifkan peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan FIFA berkaitan pemanggilan pemain untuk tugasan antarabangsa.
Menurut FIFA, pemain boleh digantung sehingga lima hari selepas jendela perlawanan antarabangsa tamat sekiranya gagal dan menjawab panggilan kehadiran.
Beberapa kelab Premier League sebelum ini bertindak menghalang pemain dari negara tersebut untuk terbang kembali ke Brazil kerana status kes Covid-19 yang tinggi. Situasi tersebut membenarkan pihak Brazil FA mengaktifkan peraturan gantung tersebut.
Mereka yang terjejas
Secara keseluruhan lapan pemain dilaporkan akan menerima kesan dari peraturan ini, membabitkan perlawanan Premier League bertarh 10-14 September akan datang.
Kelab-kelab yang terjejas pula adalah Liverpool, Manchester City, Chelsea, Leeds United dan juga Manchester United.
Pemain-pemain yang terkesan ialah Roberto Firmino, Fabinho, Alisson (Liverpool), Ederson, Gabriel Jesus (Manchester City), Raphinha (Leeds United), Fred (Manchester United), dan Thiago Silva (Chelsea).
Eight Premier League players will be stopped from playing for their clubs this weekend after Brazilian football authorities triggered a Fifa rule to prevent them appearing.
— BBC Sport (@BBCSport) September 8, 2021
Hukuman gantung tersebut juga bermakna Silva dan Fred tidak boleh beraksi untuk kelab masing-masing di pertandingan UEFA Champions League yang bermula pertengahan minggu hadapan.
Satu-satunya pemain yang tidak menerima hukuman tersebut ialah penyerang Everton, Richarlison. Pengecualian Richarlison dari hukuman adalah atas permintaan Brazil FA sendiri sebagai tanda terima kasih telah melepaskan pemain itu untuk temasya Sukan Olimpik di Tokyo sebelum ini.
Peraturan di UK jadi punca
Peraturan ketat berkaitan kuarantin oleh kerajaan UK dipercayai menjadi punca kepada masalah ini. FIFA sebelum ini gagal memohon kelonggaran untuk pemain yang terbang ke zon merah dikecualikan dari 10 hari kuarantin sekembalinya mereka ke England.
Perkhabaran terbaru ini tiba beberapa hari selepas perlawanan di antara Brazil menentang Argentina terpaksa ditunda selepas campur tangan pihak penguatkuasa kesihatan Brazil akan kehadiran pemain dari Premier League yang gagal melakukan kuarantin sebelum memasuki Brazil.
With eight players set to miss out on this weekend's @premierleague action after withdrawing from international duty with 🇧🇷 @CBF_Futebol, @ManCity could have to turn to 36-year-old Scott Carson in goal!https://t.co/oqeYbXdwgw
— ESPN Asia (@ESPNAsia) September 8, 2021
Pemain-pemain itu – Giovani Lo Celso dan Cristian Romero dari Totteham; Emiliani Martinez dan Emiliano Buendia dari Asron Villa – kini menjalani kuarantin di kem latihan di Croatia bersama-sama pemain antarabangsa Colombia, Davinson Sanchez sebelum dibenarkan memasuki UK.
Walaupun digantung, kelab-kelab Premier League masih berharap FIFA boleh membenarkan pemain-pemain tersebut beraksi, dan persetujuan boleh dicapai dalam tempoh 24 jam seterusnya.