Mujur buat Kedah Darul Aman FC apabila mereka berjaya untuk bangkit di penghujung perlawanan dengan meledak dua gol pantas untuk mengikat UiTM FC 3-3 dalam aksi ke-21 Liga Super, sebentar tadi.
Kedah turun dengan beberapa perubahan ketara seperti merehatkan bek tengah, Loqman Hakim yang menjadi punca kepada dua keputusan kurang memihak kepada mereka dan meletakkan Anumanthan Mohan di posisi tersebut, disamping kemasukkan Syazwan Zainon dan Azamuddin Akil dalam skuad utama.
Untuk UiTM FC yang sudah sah akan kembali ke Liga Premier musim depan, mereka turun demi maruah mereka dengan misi tidak mahu tewas. Perubahan paling menarik dan berani adalah menyenaraikan kapten dan bek tengah, Victor Nirennold sebagai penyerang untuk bergandingan bersama Dennis Buschening.
Sekali lagi tanpa Rabih Ataya dan Kpah Sherman yang masih di kem skuad kebangsaan masing-masing, Kipre Tchetche sekali lagi dipertaruhkan sebagai penyerang dengan dibantu oleh Amirul Hisyam di belakangnya.
Pertama kali beraksi di jentera depan, Amirul Hisyam yang posisi asalnya pemain tengah bertahan, memiliki peluang seawal minit ke-4 apabila menerima hantaran daripada Baddrol Bakhtiar, namun percubaannya diselamatkan Zamir Selamat. Kedah tampil bernafsu sejak wisel permulaan dengan beberapa percubaan.
Jika tidak kerana ketangkasan Zamir Selamat menyelamatkan keadaan, The Lions sudah tentu telah dibolosi antaranya percubaan deras luar kotak oleh Anumanthan Mohan dan juga rembatan Syazwan Zainon.
UiTM FC yang turun dengan perubahan berani dilihat kurang efektif di antara jentera tengah dan serangan dengan tiada kombinasi baik mampu dijelmakan oleh Ousmane Fane, Sean Giannelli dan Kwon Yong-hyun.
Rentak pantas perlawanan menjadi perlahan dan berhati-hati selepas 15 minit aksi berlangsung akibat hujan lebat dilihat mula membasahi Stadium Darul Aman, mengganggu sedikit sebanyak rentak permainan.
Minit ke-32, selepas hujan lebat sedikit reda, UiTM FC akhirnya membuat percubaan pertama menerusi Sean Giannelli, namun ia tersasar daripada gawang tuan rumah yang dikawal Shahril Sa’ari pada malam ini.
Dengan pasukan pelawat dilihat mula memiliki penguasaan bola, skuad Hijau Kuning sudah jarang naik untuk mengasak. Namun, di minit ke-37, Kedah berhasil meledak jaringan pembukaan untuk mendahului aksi.
37' Gol | Tandukan Baddrol Bakhtiar meletakkan tuan rumah di depan!@kda_fc 1-0 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/Qndz5bv73Z
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 8, 2021
Ia tercipta hasil tandukkan kapten, Baddrol Bakhtiar selepas menerima hantaran lintang Azamuddin Akil.
Tidak sampai tiga minit, UiTM FC berjaya mendapatkan jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Dennis Buschening selepas bek tengah, Renan Alves didapati mengasari Sean Giannelli.
Umpama mendapat tonik daripada jaringan tersebut, mereka meneruskan penguasaan bola yang dimiliki sejak minit ke-30 dan kerap menekan defensive third lawan sehingga ke wisel penamat babak pertama.
40' Gol | UiTM FC menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Dennis Buschening!@kda_fc 1-1 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/v9chVoVg1p
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 8, 2021
Renan Alves menjadi tumpuan sekali lagi apabila kesilapan yang dilakukannya dengan membuat hantaran ke dalam kotak penalti kepada Anumanthan Mohan, berjaya disambar Kwon Yong-hyun untuk gol kedua pelawat di minit ke-47. Beliau membuat hantaran tanpa terlebih dahulu melihat kedudukan Kwon Yong-hyun.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut skuad Hijau Kuning dibolosi dua gol selepas kali terakhir dibolosi dua gol ketika tumbang kepada Selangor FC pada pertengahan Ogos yang lalu. Kali terakhir mereka bangkit untuk menang selepas dibolosi dua gol adalah pada April lalu – menang 3-2 ke atas KL City FC, di Alor Setar.
47' Gol | Kwon Yong-hyun memanfaatkan kealpaan pertahanan Kedah untuk gol pendahuluan UiTM FC!@kda_fc 1-2 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/0KRteAMhtD
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 8, 2021
Minit ke-64, UiTM FC mengejutkan tuan rumah sekali lagi menerusi jaringan menarik oleh Ariff Ar-Rashid menerusi ‘backheel’ yang dilakukannya selepas percubaan pertamanya ditepis Shahril Sa’ari terlebih dahulu.
Kedah mula meningkatkan tempo permainan mereka yang ‘hilang’ sejak minit ke-30 dengan cuba membina asakan ke benteng pelawat. Namun, apa yang dapat dilihat adalah kombinasi kurang kemas antara mereka.
64' Gol | Ariff Ar-Rasyid menjaringkan gol ketiga UiTM FC! @kda_fc 1-3 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/OQBTfEB0jc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 8, 2021
Pengendali, Aidil Sharin membuat pertukaran untuk memperkemaskan jentera depan dan hasilnya, tidak sampai seminit dimasukkan, gandingan dua pemain, Fandi Othman dan Fikhri Zulkiflee meledak gol kedua.
Sebaik sahaja dimasukkan, Fandi Othman yang memperolehi bola di sebelah kanan gawang membuat hantaran lintang yang berjaya ditanduk oleh penyerang berusia 22 tahun, Fikhri Zulkiflee di minit ke-74.
74' Gol | Pemain gantian muda, Fikhri Zulkiflee menjaringkan gol pada penampilan sulung untuk skuad senior!@kda_fc 2-3 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/ZUau0ZxkXP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 8, 2021
80' Gol | Tchetche Kipre menyamakan kedudukan buat Kedah Darul Aman FC dengan gol kelapan peribadinya musim ini! @kda_fc 3-3 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/BTTWneIWuN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 8, 2021
Minit ke-80, Kipre Tchetche yang ‘senyap’ sepanjang aksi berlangsung tampil meledak jaringan penyamaan selepas menerima hantaran lambung yang dilakukan oleh Rizal Ghazali ke dalam kotak penalti lawan.
Dua gol pantas yang telah berjaya menyelamatkan maruah Kedah yang hampir dicalar oleh The Lions.
Keputusan seri 3-3 dengan UiTM FC ini menyaksikan Kedah gagal menjarakkan diri terlalu jauh daripada Penang FC, memintas musuh ketat mereka itu menerusi perbezaan jaringan apabila berkongsi 40 mata.
Untuk UiTM FC, mereka kekal di dasar Liga Super dengan mengumpul 10 mata, tiga mata di belakang Perak FC yang turut telah tersingkir ke Liga Premier pada musim depan – kali pertama sejak 32 tahun.