Lelaki Ini ‘Sekolahkan’ Warganet Atas Isu Ikat Pemain Dengan Kontrak Panjang

Kontrak Pemain

Baru-baru ini, kami ada menyiarkan artikel mengenai seorang lelaki yang dipercayai merupakan penyokong Selangor yang memberikan cadangan supaya pemain muda di kelab itu diberikan kontrak panjang.

Menurut beliau, Selangor haruslah mengikat kontrak jangka panjang dengan pemain muda berpotensi untuk membolehkan mereka terus bersaing dengan pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

Lelaki Ini Gesa Selangor Ikat Pemain Muda Dengan Kontrak Jangka Panjang

Artikel tersebut mendapat lebih 300 komen di Facebook kami dengan ramai warganet (netizen) memberikan pendapat masing-masing mengenai isu itu.

Komen-komen tersebut telah membuatkan individu bernama Ahmad Hafiz Ariff rasa terpanggil untuk menjawab sesetengah pendapat warganet yang dilihat pada beliau tidak berasas.

Lalu, beliau memilih untuk ‘sekolahkan’ mereka.

Apa guna ikat kontrak panjang-panjang?

Dalam siaran Facebook miliknya, Hafiz menjawab komen yang diberikan oleh warganet yang mempersoal kenapa perlu ikat kontrak pemain secara jangka panjang?

Buat apa nak ikat lama-lama kalau lepas tu kena ‘kebas’, bukan?

Menurut Hafiz, mengambil pemain secara pintu belakang atau tapping ini adalah salah dan semuanya akan didenda jika terlibat.

Beliau menjadikan kes Ashley Cole yang berpindah ke Chelsea dari Arsenal sebagai contoh.

“Belajar dari kes Ashley Cole yang ‘dikebas’ oleh Chelsea. Cole, Jose Mourinho kedua-dua didenda, Chelsea pula ditolak mata dengan lesen ejen Cole ditarik balik.”

“Jadi, ia terpulang kepada Malaysia Football League untuk laksanakan denda ni. Mampu atau tidak MFL lakukan, itu bukan dalam perbincangan saya.”

Dalam hal ini, MFL perlu tegas untuk membasmi kegiatan ini yang pernah berlaku dalam bola sepak kita beberapa tahun lalu.

Bodohnya idea kontrak panjang

Hafiz juga membidas komen warganet yang mengatakan mengikat kontrak pemain secara jangka panjang ini adalah satu tindakan yang bodoh.

Pada hemat Hafiz, warganet itu yang bodoh. p/s: tajam betul bahasa mamat ni.

Hal ini kerana, kontrak jangka panjang diberi oleh kelab bukanlah dibuat secara suka-suka. Sebaliknya, ianya telah dikaji secara mendalam oleh pihak pasukan sebelum kontrak ditawarkan.

“Pertama kali, kita kena faham perkiraan risiko. Sebelum pemain ditandatangani, pihak kelab dah selidik pemain tu.”

Perkiraan risiko atau risk calculation ini dibuat dengan mengambil pelbagai faktor, termasuklah pengaruh rakan sebaya.

“Keluarga, pengaruh rakan-rakan, kecederaan dan personaliti antara perkara yang perlu diketahui.”

Takmboh bui maing ke?

Satu lagi komen yang menarik perhatian Hafiz adalah buat apa nak ikat pemain panjang-panjang kalau setakat nak letak di bangku simpanan?

Komen yang ditulis dalam loghat Terengganu itu mendorong Hafiz untuk menegaskan tugas ejen pemain apabila mereka tidak diberikan minit permainan seperti yang dijanjikan.

“Ejen yang perlu buat kerja. Kalau tahu terbiar, cubalah cari kelab lain yang berminat [dengan pemain itu].”

Hafiz juga menjelaskan jika sesebuah pasukan itu terlibat dengan pelbagai kejohanan, adalah lazim untuk mereka mempunyai skuad yang besar.

“Kalau kelab itu mempunyai banyak perlawanan, logiklah untuk mereka ada ramai pemain untuk menghadapi sebarang kemungkinan.”

“Kecederaan, penggantungan pemain dan lain-lain adalah faktor yang perlu diambil kira. Takkan main bola 11 orang simpanan ada tiga je? Ini bukan liga kampung bang!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN