Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Perak FA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kini merupakan Menteri Belia & Sukan yang baharu.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui satu sidang akhbar yang diadakan secara siaran langsung khusus untuk mengumumkan barisan Kabinet baru sebentar tadi.
Faizal Azumu jadi Menteri Belia dan Sukan pic.twitter.com/KIJbd5BNiT
— Utusan Malaysia (@UMonline) August 27, 2021
Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 2011, sebelum menjawat Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir pada 2013.
Merupakan Menteri Besar Perak ke-12, Ahmad Faizal turut menjawat jawatan Presiden Perak FA pada ketika itu dan di bawah kepimpinan beliau, skuad seladang bergelar juara Piala Malaysia pada 2018.
Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan sebagai Presiden Perak FA pada awal Januari tahun ini selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak sejak awal Disember lalu.
#NSTsports While Perak players are dismayed that they have not been paid their salaries since November, Perak FA (PAFA) president, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, abruptly announced his resignation yesterday.#BosGaurus #Financial #Crisis #MLeague https://t.co/mSnPG3o4vz
— New Straits Times (@NST_Online) January 22, 2021
Sejak perletakan jawatan beliau, Perak FA mengalami masalah kewangan sehingga turut menjejaskan skuad Perak FC yang bertanding di Liga Malaysia.
Sebagai Menteri Belia & Sukan yang baharu, tugas berat dijangka menanti Ahmad Azumu. Sukan bola sepak tidak terkecuali dan peranan beliau sebagai pemudah cara untuk membangkitkan kembali industri bola sepak negara pasti ditagih.
Kerajaan negeri Perak umum insentif RM10,000 serta satu lot tapak rumah, masing-masing kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak yang memenangi Piala Malaysia, baru-baru ini. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. pic.twitter.com/CHxsrpEBie
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) November 11, 2018
Antara perkara pertama yang perlu dilakukan oleh beliau sudah pasti ialah untuk mengkaji kembali peraturan dan SOP sedia ada demi memudahkan pihak industri – khususnya di peringkat akar umbi untuk bangkit kembali dari kesan pandemik.
Begitu juga dengan kancah saingan domestik seperti Liga Malaysia. Membenarkan kemasukkan kembali penyokong ke dalam stadium misalnya, pasti akan melegakan kelab-kelab bertanding.
Bagi kami warga kerja Semuanya BOLA, selamat maju jaya kami ucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia & Sukan yang baharu.