FAM Tolak Tawaran TMJ Kendali Harimau Malaya

Malaysia UAE 2021 Kesebelasan Utama Harimau Malaya minit permainan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan skuad Harimau Malaya masih lagi di bawah kendalian badan induk bola sepak negara itu, sekaligus bermakna menolak tawaran Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mengedalikan pasukan itu.

Pada Jun lalu TMJ membidas sikap segelintir pemain skuad kebangsaan yang dilihat seperti pergi bercuti pada musim panas setiap kali tugasan antarabangsa.

Baginda juga mempersoalkan kesungguhan pemain yang seperti tidak dahagakan kejayaan, walaupun hakikatnya ramai di kalangan pemain yang dipanggil di dalam skuad kebangsaan kali ini adalah dari JDT sendiri.

Perkara itu menyebabkan TMJ menawarkan diri untuk untuk mengendalikan pasukan negara. Menurut TMJ lagi skuad sedia ada sekarang kekurangan kepimpinan, dan ia juga antara aspek yang baginda boleh bantu untuk baiki sekiranya dibenarkan untuk mengurus pasukan kebangsaan.

“Saya akan berikan pusat latihan terbaik dan jurulatih. Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera. Tetapi saya boleh janjikan penambahbaikan.”

Presiden FAM sudah temui TMJ

Bagaimanapun Presiden FAM melalui kenyataan selepas Datuk Hamidin Mohd Amin selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif badan induk berkenaan secara maya semalam mengesahkan perkatra itu tidak akan berlaku.

Malah beliau sudah mengadakan pertemuan dengan TMJ berkenaan perkara tersebut sebelum ini, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk terus bekerjasama dalam membangunkan pasukan sedia ada.

Sumber: FAM

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan TMJ, iaitu mantan Presiden FAM berhubung isu baginda ingin mengambil alih pengurusan pasukan kebangsaan seperti yang dinyatakan sebelum ini,” kata Hamidin.

“Dalam pertemuan tersebut, kami mencapai kata sepakat untuk mengekalkan FAM sebagai pengendali Harimau Malaya. Cukup untuk saya katakan, perkara ini sudah selesai.

“Bagaimanapun, saya faham perasaan baginda ketika itu selepas kita tewas kepada UAE dan Vietnam.

“Baginda juga akan terus berikan sokongan termasuk membekalkan pemain JDT kepada pasukan negara,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.”

Pemilihan pemain

Dalam perkembangan yang berkaitan Hamidin turut berkongsi pandangan TMJ mengenai pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan pada masa akan datang.

“Tunku juga menekankan mengenai betapa penting pemilihan pemain termasuk perlu menilai minit permainan selain memantau prestasi setiap pemain dalam semua pasukan Liga Malaysia.

“Mungkin ada beberapa perubahan berhubung pemilihan pemain kebangsaan untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 kerana saya seiring dengan idea-idea yang diberikan oleh Tunku,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN