Ia ibarat malam serba tidak kena buat Penang FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia (MSL 2021) menentang Kedah Darul Aman FC pada malam tadi, apabila dibelasah 4-1 oleh pasukan tuan rumah.
Seperti ada sesuatu yang berlaku di dalam kem Penang FC, majoriti pemain yang diturunkan di dalam kesebelasan utama ibarat skuad kedua apabila Thomas Tucha tidak menamakan penyerang sensasi, Casagrande, Endrick dos Santos, Khairu Azrin Khazali, Rafael Vitor dan Ryuji Utomo.
KEPUTUSAN SEPARUH MASA PERTAMA LIGA SUPER – PERLAWANAN TERTUNDA LS14#LigaSuper2021 pic.twitter.com/VX6le43D6p
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 17, 2021
Babak pertama perlawanan menyaksikan penguasaan penuh Kedah yang berjaya mendahului selesa perlawanan dengan jaringan 3-1, hasil dua jaringan Tcheche Kipre dan satu lagi gol melalui Baddrol Bakhtiar.
David Rowley pula menjadikan kedudukan 3-1 pada minit akhir babak pertama perlawanan.
Penang FC lakukan pertukaran
Permulaan babak kedua menyaksikan pengendali Penang FC, Tomas Trucha membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Wan Faiz, Azim Rahim dan Jafri Firdaus Chew.
Namun, skuad Hijau Kuning dilihat masih bernafsu dengan mencipta banyak asakan ke gawang pelawat. Penang FC mungkin bernasib baik apabila penyudah tuan rumah tampak kurang menjadi walaupun gol mampu dilakar menerusi asakan tersebut.
55' Gol | Kpah Sherman menambah gol keempat Kedah!@kda_fc 4-1 @fa_penang #LigaSuper2021 pic.twitter.com/Xj0AADAH0P
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 17, 2021
Hasilnya di minit ke-55, Kpah Sherman meledak gol ke-4 apabila telah memanfaatkan hantaran lintang Rizal Ghazali sebelum menewaskan Sam Somerville di gawang gol.
Pada kedudukan 4-1, ramai yang menyaksikan perlawanan itu sedar tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Penang FC untuk mengubah kedudukan.
Detik gila Jafri Chew
Dan selepas itu tiba detik gila oleh Jafri Firdaus Chew yang menyebabkan topik perbualan selepas perlawanan berubah. Tatkala punca kekalahan 4-1 kepada Kedah sepatutnya menjadi perhatian, insiden kekasaran membabitkan Jafri dan pemain import Kedah, Rabih Ataya lebih banyak menjadi bualan.
Jangan nak jahanamkan karier bola sepak orang lain dengan aksi macam ni.https://t.co/fZgTBvEk9S
— VOCKET FC (@vocketfc) August 17, 2021
Insiden pada minit ke-71 itu menyaksikan Jafri melakukan satu tackle tinggi pada kaki Rabih Ataya. Tackle keras sebegitu dianggap berbahaya dan mampu menyebabkan pemain lawan mengalami kecederaan yang serius.
Tindakan Jafri itu bagaimanapun sekadar dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan. Rabih Ataya kemudiannya dikeluarkan sejurus selepas insiden tersebut.
Insiden kekasaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak yang turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan kekasaran yang tidak sepatutnya berlaku itu.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan keputusan pengadil yang sekadar melayangkan kad kuning kepada Jafri yang dianggap ringan berbanding kekasaran yang dilakukan.
Jafri Chew taji stud ke paha Ataya sampai luka. Kad kuning ja dapat.
Pengadil Malaysia 🙃
— Muhammad Sidqi (@SidqiJR) August 17, 2021
terlalu rendah standard refereeing. Yang lagi rendah is standard player tu sendiri. especially nama Jafri Chew ni tackle orang macam tu
— π一サル 🦅 (@the88thkaiser) August 18, 2021
Jika situasi sama berlaku di luar negara, kebiasaannya pengadil akan melayangkan kad merah. Malah laporan dari pengadil turut akan diteliti oleh jawatankuasa pertandingan dan tindakan tambahan akan diberikan sekiranya perlu.
Tidak dapat dipastikan sama ada insiden melibatkan Jafri Chew dan Rabih Ataya ini akan menarik perhatian Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) – pertama untuk kekasaran, dan kedua mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut.