Perpindahan Cristiano Ronaldo Ke Man United Terbaik Dalam Sejarah EPL

Cristiano Ronaldo

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United pada 2003 telah dianggap sebagai pembelian terbaik dalam sejarah Premier League.

Pengamatan ini dibuat selepas pihak Sky Sports melakukam penilaian terhadap 20 perpindahan terbaik dalam sejarah Premier League.

Jelas sekali, perpindahan Ronaldo ke United memberikan impak terbesar bukan sahaja kepada pemain tersebut malah buat liga itu juga.

“Semasa beliau tiba, saya sangkakan ianya adalah satu perpindahan yang gagal oleh United,” kata pengacara Sky Sports – Tom White.

Ronaldo hadir ke United dengan nilai perpindahan sebanyak £12 juta selepas berjaya mencuri perhatian Sir Alex Ferguson sewaktu Red Devils menentang Sporting Club dalam aksi persahabatan.

Ferguson kemudiannya terus mendapatkan Ronaldo yang sebelum itu sudah diperhatikan Arsenal dan mereka berjaya memintas The Gunners untuk memperoleh pemain itu.

Enam musim bersama United, Ronaldo berjaya merangkul tiga gelaran Premier League selain beberapa gelaran lain sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2009.

Perpindahan Ronaldo ini berjaya mengatasi beberapa perpindahan lain seperti Sergio Aguero ke Manchester City, Mohamed Salah ke Liverpool dan Thierry Henry ke Arsenal.

Perpindahan Salah menduduki tangga ke-11 sementara Aguero ke-19 dan Henry ke-2.

Penghijrahan kontroversi Sol Campbell dari Tottenham Hotspur ke Arsenal menjadikan ia perpindahan pemain pertahanan terhebat dalam senarai apabila menduduki tangga ke-7.

Sementara Petr Cech menjadi satu-satunya penjaga gol yang berjaya memasuki senarai. Itu pun beliau hanya berjaya menduduki tangga ke-20.

Berikut merupakan senarai penuh 20 perpindahan terbaik dalam sejarah Premier League:

  1. Cristiano Ronaldo (Sporting Club ke Manchester United)
  2. Thierry Henry (Juventus ke Arsenal)
  3. Eric Cantona (Leeds United ke Manchester United)
  4. Frank Lampard (West Ham United ke Chelsea)
  5. Roy Keane (Nottingham Forest ke Manchester United)
  6. Didier Drogba (Olympique Marseille ke Chelsea)
  7. Sol Campbell (Tottenham Hotspur ke Arsenal)
  8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United)
  9. Vincent Kompany (Hamburg ke Manchester City)
  10. Alan Shearer (Blackburn Rovers ke Newcastle United)
  11. Mohamed Salah (AS Roma ke Liverpool)
  12. N’Golo Kante (Leicester City ke Chelsea)
  13. Dennis Bergkamp (Inter Milan ke Arsenal)
  14. Virgil van Dijk (Southampton ke Liverpool)
  15. Gianfranco Zola (Parma ke Chelsea)
  16. David Silva (Valencia ke Manchester City)
  17. Patrick Vieira (AC Milan ke Arsenal)
  18. Eden Hazard (Lille ke Chelsea)
  19. Sergio Aguero (Atletico Madrid ke Manchester City)
  20. Petr Cech (Stade Rennais ke Chelsea)
Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN