Galatasaray sudah pasti terdesak untuk mencari pemain pengganti sekiranya berjaya menjual bekas penyerang Manchester United dan Chelsea, Radamel Falcao.
Kelab Turki itu sebelum ini dilaporkan tidak mampu untuk membayar gaji yang mahal penyerang dari Columbia itu, dan terpaksa mencari pembeli yang berminat untuk mendapatkannya. Turut dikaitkan dengan Falcao adalah kelab Liga Super Malaysia, JDT – seperti yang banyak dilaporkan oleh akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini.
Dan untuk menggantikan Falcao, Galatasaray dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas penyerang KV Kortrijk, Tarem Moffi.
According to @fotomac, Galatasaray forward Radamel Falcao (35) has been linked with a move to Malaysia giant club Johor Darul Ta'zim next season. pic.twitter.com/HS2IYTBiow
— Asian Football (@AsianFootballs) August 16, 2021
Moffi kini yang beraksi bersama Lorient di Ligue 1 dilihat sebagai pemain yang lebih ideal berbanding Falcao yang semakin berusia.
Musim lalu Falcao hanya menyumbangkan sembilan gol dan dua assist dari 18 perlawanan untuk Galatasatray. Pasukan yang sinonim dengan nama ‘Singa Istanbul’ itu kini bagaimanapun dikendalikan oleh kumpulan pengurusan baharu yang tidak berminat untuk meneruskan khidmat Falcao.
Despite the loss, Tarem #Moffi 🇳🇬 ('99) scored a brace against Marseille.
His score this season:
27 games 🏟
11 goals ⚽️
2 assists 🛎#OMFCLOne to watch 🕵️♂️ pic.twitter.com/f5UqdwlH4A
— The Underrated Scout (@ScoutUnderrated) April 17, 2021
Selai Falcao, Galatasaray turut dilaporkan mahu melepaskan pemain antarabangsa Senegal, Mbaye Diage – kedua-duanya antara penerima gaji yang tertinggi di dalam pasukan – pada jendela perpindahan musim panas ini.
Moffi pula adalah salah seorang pemain muda yang menyerlah di Ligue 1 pada musim lalu. Penyerang berusia 22 tahun dari Nigeria itu menjaringkan 14 gol pada musim pertamanya di Perancis pada musim lalu.
Dalam satu temuramah bersama Le Telegramme, bekas penyerang Kortrijk itu berkata impian beliau adalah untuk beraksi di UEFA Champions League suatu hari nanti.
“Sehingga kini saya belum mendengar perkhabaran mengenai sebarang perpindahan. Saya sangat selesa di Lorient untuk musim baru ini,” kata Moffi.
“Pada masa depan saya hanya mahu beraksi di Champions League. Buat masa sekarang, saya hanya mahu memberi fokus untuk musim yang baik bersama Lorient.
Lorient sebelum ini dilaporkan telah membayar €8 juta untuk mendapatkan pemain itu dari Kortrijk pada musim panas lalu.