Impak Perpindahan Messi, Separuh Tiket Aksi Pertama Barcelona Tak Laku

Messi Barcelona

Kebiasaannya untuk perlawanan pertama pada setiap musim baharu terutamanya jika ia berlangsung di Nou Camp, penyokong Barcelona akan berpusu-pusu memenuhi stadium untuk meraikan pasukan kesayangan mereka.

Namun impak negatif kepada pemergian Lionel Messi turut mempengaruhi jualan tiket untuk aksi pertama La Liga bertemu Real Sociedad yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Walaupun hanya 30,000 penyokong sahaja yang dibenarkan masuk ke stadium ikonik mereka itu disebabkan pandemik, namun hanya separuh sahaja tiket yang telah terjual setakat ini.

Menurut laporan AS, sehingga Jumaat, kelab tersebut baru menerima 15,820 tempahan tiket sahaja dan ia jelas menunjukkan pemergian penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab itu memberi kesan yang besar kepada penyokong.

“Sekiranya ia benar, ia jelas satu mesej yang jelas dari penyokong kepada pihak pengurusan kelab. Memulakan musim baharu dengan kehadiran seperti ini pada Ahad iini merupakan satu masalah yang sangat serius,” ujar laporan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Barca turut berdepan dengan penurunan penjual jersi sejak Messi diumumkan tidak akan meneruskan kariernya di Nou Camp selepas 21 tahun.

Segelintir enyokong begitu marah kerana merasa tertipu dengan tindakan kelab tersebut menjual jersi yang tertera nama Messi dan kemudian tidak menyambung kontrak pemain yang dianggap legenda kelab itu.

https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/1425497484512702470?s=20

Menurut laporan dari Brand Finance, nilai jenama kelab tersebut mengalami kemerosotan sebanyak 11% sebaik sahaja Barcelona mengumumkan Lionel Messi tidak lagi menjadi pemain mereka di mana peratusan itu bersamaan dengan €137 juta.

Berbeza dengan kelab yang baharu disertai oleh Messi, Paris Saint-Germain (PSG) melaporkan pihaknya telah berjaya menjual 150,000 helai jersi dengan nama Messi hanya dalam masa tujuh minit.

Malah kelab Ligue 1 itu turut mendapat impak kenaikan mendadak pengikut di media sosial mereka dan mula menyasarkan keuntungan dari hasil penjualan tiket sepanjang musim ini.

Dari nilai pemasaran yang boleh dijana dari Messi, PSG dijangka tiada masalah mampu mengembalikan nilai €105 juta yang dibelanjakan untuk kontrak tiga tahun yang diberikan kepada Messi – tidak termasuk keuntungan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN