Adakala hanya melalui satu perlawanan sahaja boleh mengubah nasib seseorang pemain bola sepak. Demikianlah pandangan terhadap penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga apabila menjadi wira Chelsea di perlawanan UEFA Super Cup di Belfast pada awal pagi tadi.
Hanya dua tahun lalu di perlawanan akhir Piala Carabao menentang Manchester City, penjaga gol dari Sepanyol dengan tanda harga £71 juta itu seperti memberontak, enggan menurut arahan dikeluarkan dan diganti oleh Willy Cabellero pada masa kecederaan.
Thoughts on the incident between Maurizio Sarri and Kepa Arrizabalaga? 😬 pic.twitter.com/JW94vr96LC
— GOAL (@goal) February 24, 2019
Insiden memalukan tersebut ibarat menerangkan keseluruhan perjalanan karier Kepa di Stamford Bridge selepas itu.
Sempat menyelamatkan satu sepakan penalti dalam perlawanan tersebut, Kepa kemudiannya didenda oleh Chelsea kerana ingkar arahan pengurus pasukan, Maurizio Sarri.
Situasi sama, kisah berlainan
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi kisahnya sedikit berbeza, apabila Kepa menjadi pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian – bertentangan dengan perlawanan akhir pada 2019.
Kali ini ia adalah perlawanan UEFA Super Cup menentang Villareal di Belfast, dan kedudukan terikat 1-1 selepas GerardMoreno berjaya memadam jaringan awal oleh Hakim Ziyech. Lebih indah buat Kepa dan Chelsea, perlawanan ini berakhir dengan kemenangan.
Chelsea bring on Kepa Arrizabalaga for their Super Cup penalty shootout… pic.twitter.com/UQwY6BxPe4
— GOAL (@goal) August 11, 2021
Ketangkasan Kepa turut membantu pemain yang beliau gantikan, Edouard Mendt – yang beraksi baik sepanjang perlawanan – memahami langkah taktika yang pengendali pasukan, Thomas Tuchel lakukan.
Kepa beraksi dengan baik sekali sepanjang sepakan penalti diambil, dengan berani berhadapan pemain lawan dan mempamerkan aksi tangkas luar biasa di hadapan gawang. Beliau juga berjaya menyelamatkan dua sepakan – masing-masing oleh Aissa Mandi dan Raul Albiol.
Selepas berjaya menafikan Albiol, Kepa dikerumuni oleh rakan sepasukan yang meraikan kejayaan Chelsea kerana keperwiraannya.
Tuchel sudah tahu
Kerana apa yang berlaku dua tahun lalu, prestasi Kepa di atas padang sentiasa menjadi perhatian. Sedikit sebanyak perhatian tersebut telah menganggu fokus penjaga gol berusia 26 tahun itu – yang menjadi punca kepada kesilapan-kesilapan berprofil tinggi.
Sering dicemuh peminat, dan hilang kepercayaan dari jurulatih sebelum ini, Thomas Tuchel sebaliknya mengambil pendekatan berlainan apabila tiba mengambil alih jawatan dari Frank Lampard pada Januari lalu. Malah pengedali dari Jerman itu tahu kualiti yang dimiliki oleh Kepa.
“Ia bukan perkara yang berlaku dengan spontan begitu sahaja,” ujar Tuchel kepada BT Sport mengenai langkah menggantikan penjaga gol.
The hero of the match… KEPA ARRIZABALAGA 💪🔥 pic.twitter.com/tnunhtbo8j
— FOX Soccer (@FOXSoccer) August 11, 2021
Malah Tuchel mendedahkan taktik tersebut sudah mulai dibincangkan sejak Februari lalu.
“Perkara ini mulai dibincangkan sesama penjaga gol selepas perlawanan perebutan trofi (cup game) pertama menentang Barnsley lagi.
“Kepa mempunyai peratus terbaik dalam menyelamatkan sepakan penalti. Pakar analisis dan jurulatih penjaga gol telah menunjukkan data. Kami kemudian berbincang dengan pemain, dan menjelaskan apa yang mungkin akan berlaku dalam perlawanan kalah mati.”
Mendy tidak terkejut
Berbeza dengan reaksi diberikan Kepa di perlawanan akhir Piala Carabao dua tahun lalu, Mendy pula seperti tidak kisah digantikan sebelum sepakan penalti diambil. Malah Mendy dilihat seperti mengalu-alukan pertukaran tersebut.
Pekara itu disahkan melalui tembual selepas perlawanan, dimana Mendy berkata pertukaran seperti itu sudah pun dijangka dengan keutamaan adalah kepada pasukan.
“Ia amat luar biasa cara Edouard [Mendy] menerima [pertukaran[,” tambah Tuchel lagi.
“Beliau tetap merendah diri apabila dikeluarkan. Beliau sanggup melakukannya demi pasukan.”
📸 Kepa Arrizabalaga and Édouard Mendy with the Super Cup trophy after the Chelsea victory 😍🏆#CHEVIL #CFC 🔵 pic.twitter.com/S19TfJxW6s
— Chelsea Zone (@ChelseaZone_) August 11, 2021
Kepa yang hilang tempat dalam kesebelasan utama The Blues selepas ketibaan Mendy pula berkata: “Ia buka situasi yang biasa, tetapi perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepa Edouard beraksi dengan baik. Akhirnya kemenangan milik kami, dan kami sangat gembira untuk itu.
“Saya sentias bersedia kerana saya tahu [sepakan penalti] mungkin akan berlaku. Saya cuba sebaik mungkin untuk bersedia dari segi mental dan fizikal.”
Menjelang musim yang panjang dan jumlah perlawanan yang banyak, sudah pasti Tuchel mengharapkan kedua-dua penjaga gol tersebut sentiasa berada di tahap terbaik untuk memberikan cabaran dalam setiap pertandingan selepas ini.
Kepa akhirnya kini berubah dari seorang penjaga gol yang sering dicemuh, menjadi wira dan permata berharga di hadapan mata Thomas Tuchel.