Berapa peratuskah kemungkinan untuk pasukan lawan merekodkan kemenangan setiap kali berhadapan JDT di saingan Liga Super Malaysia (MSL)? Berdasarkan statistik Liga Super Malaysia (MSL) sejak 2017, setiap pasukan hanya memiliki kemungkinan sekitar 6% untuk melakukan kejutan.
Seperti yang kita tahu, di dalam bola sepak pasukan yang paling banyak menjaringkan gol akan meraih kemenangan. Berdasarkan statistik jaringan yang dihasilkan JDT di bawah, 94% pasukan yang berhadapan JDT berakhir dengan kekalahan.
Kenyataan ini adalah satu fakta yang mungkin pahit untuk ditelan, namun inilah kebenarannya.
Statistik jaringan JDT
Mari kita lihat jumlah jaringan yang telah dihasilkan JDT sejak beberapa musim lalu. 50 gol dihasilkan pada 2017, 47 gol pada 2018, dan 49 lagi jaringan pada 2019, JDT masih sempat merekodkan 33 gol dari 11 jaringan pada musim lalu yang hanya berlangsung separuh musim.
JOHOR DARUL TA'ZIM FC GOAL SCORERS
*as of 3 August 2021
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/w4NE4r8Vj8
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 4, 2021
Musim 2021 menyaksikan skuad Harimau Selatan sudah merekodkan 48 jaringan daripada 21 perlawanan. Ini bermakna JDT telah menghasilkan purata 2.3 gol jaringan sejak lima musim lalu – jauh mendahului pesaing terdekat mereka di saingan domestik.
Berikut adalah antara peledak berbisa milik Harimau Selatan yang pernah mewarnai Liga Malaysia sejak hampir sedekad lalu sehingga ke hari ini.
Gonzalo Cabrera (63 gol)
Gonzalo Cabrera dianggap sebagai pemain import paling konsisten di Liga Malaysia sejak beberapa musim yang lalu.
Tatkala adakalanya mengalami saat sukar di dalam perlawanan, Cabrera tetap menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan kerana semangat melawan dan ‘no nonsense approach’ yang dimiliki beliau.
GONZALO CABRERA — JDT ALL-TIME LEADING GOAL-SCORER
Gonzalo Cabrera is now Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) all-time leading goal-scorer.
Cabrera has scored 57 goals and overtaken Safiq Rahim's tally of 56 goals. Congratulations Cabrera! Luaskan Kuasamu Johor. pic.twitter.com/zkaf3R2eiS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 26, 2020
Mulai menyertai JDT pada musim 2017, Cabrera kini turut memegang rekod sebagai penjaring terbanyak JDT sepanjang zaman dengan 63 gol di semua pertandingan.
Tidak salah untuk kita melabel Cabrera sebagai antara pemain import paling konsisten di Liga Malaysia. 19 jaringan dihasilkan pada 2017 (11 di MSL), Cabrera turut menjaringkan 14 gol pada 2018 (9 gol MSL), 17 gol pada 2019 (11 gol MSL), dan 8 gol pada musim 2020 (7 gol MSL).
Jorge Pereyra Diaz (53 gol)
Diaz bukanlah nama asing untuk peminat bola sepak Malaysia. Beliau pernah menjadi pemain kegemaran di Larkin namun kini menjadi sebaliknya.
Selain daripada sikap yang ala-ala diva, tidak dinafikan bakat dan kehebatan yang beliau miliki di atas padang. Diaz juga pemain penting skuad Mario Gomez musim 2016.
#SuperbestPowerPialaFA #SBPFinalPialaFA Man of the Match Jorge Pereyra Diaz pic.twitter.com/V2ituA8Rob
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 14, 2016
Peranan Diaz di dalam padang adalah unik kerana lebih kepada pemain No.10 bebas (<em>free role</em>) yang memberi tumpuan utama untuk menguasai zon 14 secara dominan.
Sepanjang kariernya bersama JDT, Diaz telah meledak 53 jaringan, kebanyakkannya dihasilkan pada 2014 (14 gol), dan pada 2016 dengan jumlah 32 gol dari semua pertandingan.
Karier Diaz bersama JDT tidak berakhir dengan baik. Namun pemain itu sendiri tidak boleh menafikan tempoh terbaik kariernya adalah ketika bersama skuad Harimau Selatan itu.
Luciano Figueroa (43 gol)
Karier Luciano Figueroa boleh dibukukan sekiranya kisah beliau bersama JDT mahu diceritakan semuanya.
Dilahirkan pada 19 Mei 1981 di Santa Fe, Argentina, Figueroa tempat kelahiran dan wilayah asal kepada salah seorang lagi legenda bola sepak Argentina iaitu Gabriel Batistuta.
Karier profesional Figueroa bermula pada 2001 bersama Rosario Central ketika berusia 21 tahun, dan Figueroa dilaporkan menyertai JDT dengan nilai perpindahan sekitar US$1 juta dari Panathinaikos.
6 tahun bersama @OfficialJohor & ini antara pencapaian Luciano Figueroa bersama skuad #HarimauSelatan. 👏
Wishing you all the best for your future endeavours! 💪 #sTayMindful #staysafe #newnormal #CMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/zKx0895THP
— Team Malaysia (@TeamMsia) October 21, 2020
Pelaburan JDT nyata berbaloi. Musim 2014, Lucho menjaringkan 22 gol keseluruhan dalam semua pertandingan, termasuk 11 gol untuk membantu JDT bergelar juara Liga Super.
Musim berikutnya, adalah musim terbaik Luciano Figueroa bersama JDT. 22 gol dalam semua pertandingan termasuk 16 ledakan di MSL membantu kelab dari selatan tanah air itu menjulang Piala Sumbangsih dan Liga Super. Lebih manis buat Lucho ialah apabila beliau turut membantu JDT muncul juara Piala AFC pada musim yang sama.
Juan Martin Lucero (27 gol)
Pemain ini agak unik. Beliau ernah dianggap sebagai pemain import yang gagal di saingan Liga Malaysia.
Hanya 3 gol dalam tempoh 2 bulan pertamanya bersama JDT bukanlah bermakna Lucero penyerang yang tak bagus.
Sebaliknya dalam tempoh tersebut, beliau sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan JDT. Atau memanaskan ‘enjin’ kata orang kita.
Exclusive: "JDT going after Asian Champions League berth" – Juan Martin Lucero
READ: https://t.co/vSXef2m7vd pic.twitter.com/PST9jQlp4p
— StadiumMY 🇲🇾 (@StadiumMY) July 12, 2016
Setibanya bulan April, Lucero yang dikenali sebagai El Gato (Si Kucing) berubah seperti seekor El Pantera (Harimau kumbang). Di Argentina, beliau mungkin dipanggil si kucing. Tetapi di Malaysia, beliau adalah harimau kumbang. Senyap tetapi berbahaya.
Sukar dinafikan, Chemistry spark beliau dengan Jorge Pereyra Diaz juga punca peningkatan prestasinya.
Walaupun beraksi selama semusim bersama JDT pada 2016, Lucero telah menjaringkan 27 gol di dalam semua pertandingan buat JDT.
Diogo Luis Santo (24 gol)
Penyertaan pemain import itu ke JDT dianggap sebagai perpindahan yang berprofil tinggi kerana Santo sebelum ini merupakan bekas pemain kelab ternama Thailand iaitu Buriram United.
Menurut laman Transfermrkt, pemain yang berusia 31 tahun ini bermain di posisi sebagai penyerang. Berkemampuan beraksi sebagai ‘false 9’ dan mempunyai kebijaksanaan luar biasa membantu pergerakan secara berpasukan, Diogo dianggap baka penyerang yang sedikit berbeza berbanding pemain penyerang lain yang pernah beraksi di JDT.
Berketinggian 182 sentimeter, rekod beliau bersama Buriram United cukup baik sejak menyertai pasukan itu pada penghujung 2014 dari Palmeiras.
Musim pertamanya, penyerang dari Brazil ini menyumbang 24 gol dalam semua pertandingan untuk JDT. 12 daripada jaringan tersebut dihasilkan dalam saingan MSL. Musim 2020, Diogo sempat menyumbang 4 gol walaupun melalui musim yang sukar akibat pandemik.
Bergson da Silva (23 gol)
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva sudah memintas rekod penjaring terbanyak kelabnya dalam saingan Liga Super, walaupun baru semusim beraksi bersama pasukan itu.
Didatangkan secara pinjaman sebagai pengganti Diogo Luis Santo pada mulanya, JDT telah menandatangani Bergson Da Silva secara tetap dari Fortaleza pada jendela perpindahan pada Mei lalu.
The forward, who broke the previous record of 18 with a double against Sabah last night, has taken 16 games to break the record and with four more matches remaining, Bergson could take his tally further. Luaskan Kuasamu Johor.
[2/2]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 9, 2021
Ketajaman pemain dari Brazil itu di hadapan gawang begitu menyerlah bersama JDT apabila menghasilkan 11 gol dalam 13 perlawanan pertama Liga Super.
Merupakan penjaring terbanyak di saingan MSL pada hari ini, Bergson dijangka akan terus memberi sumbangan yang berkesan kepada skuad Benjamin Mora selepas ini.
Sudah pun menyamai rekod jaringan 23 gol yang dihasilkan oleh Mohammed Ghaddar, pencapaian Bergson dianggap mengkagumkan kerana ini hanyalah musim pertama pemain itu beraksi di Liga Malaysia.
Safiq Rahim (45 gol)
Safiq Rahim meninggalkan Selangor untuk menyertai JDT pada musim 2012. Safiq dianggap sebagai salah seorang pemain terawal yang dibawa masuk oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam usaha merevolusi kelab selatan tanah air itu mulai musim 2013.
Sejak dari itu Safiq tidak pernah menoleh ke belakang lagi apabila tampil sebagai antara pemain paling banyak meraih kejuaraan di dalam negara – majoriti diraih bersama pasukan dari selatan tanah air itu.
Musim 2015 sehingga 2017, dianggap antara tempoh terbaik Safiq Rahim bersama Harimau Selatan apabila meledak 45 gol (15 gol semusim) dalam semua pertandingan, menjadikan beliau antara pemain tengah paling produktif dari segi jaringan di dalam negara ini.
Prestasi Safiq bersama JDT membuktikan corak permainan JDT yang bemain bola sepak secara kolektif, dan mampu menjana jaringan daripada mana-mana pemain tanpa mengira posisi.
Safawi Rasid
Ianya bukan kebetulan untuk Safawi Rasid muncul pemenang Anugerah Pemain Paling Berharga (MVP) Liga Malaysia pada musim 2018 dan 2019.
Pemain sayap penyerang itu mencetak 18 gol pada musim 2018 dalam semua pertandingan untuk JDT sebelum mengulangi prestasi baiknya pada 2019 dengan 20 gol.
Kehebatan Safawi bersama JDT khususnya di pertandingan AFC Champions League bersama JDT dan skuad kebangsaan menyebabkan beliau dipinang kelab Portugal, Portimonense SC pada musim 2020/21.
Kembali bersama JDT selepas beberapa bulan, prestasi semasa Safawi pada musim ini perlahan-lahan kembali menyerlah selepas isu kecederaan sekembalinya beliau dari Portugal. Beliau kini sudah punmuncul penjaring tempatan terbanyak JDT dan jumlah perlawanan yang lebih banyak selepas ini diyakini menjadikan Safawi semakin tajam di hadapan gawang.
Rumusan
Berdasarkan statistik di atas, boleh kita simpulkan JDT sememangnya sebuah kelab yang amat teliti dalam pengambilan pemain import. Bergson misalnya sudah pun ‘meletup’ walaupun pada musim pertamanya. Cabrera pula dianggap sebagai salah seorang pemain paling konsisten di Liga Malaysia, dan bekas pemain seperti Luciano Figueroa berjaya mencapai status legenda.
Begitu juga dengan pemain-pemain tempatan. Safawi Rasid misalnya merupakan antara penyerang tempatan paling berbahaya di Liga Malaysia. Safiq Rahim turut melalui perubahan posisi dalam permainannya bersama JDT untuk menjadikan dirinya sentiasa relevan dan mampu menyumbang kepada pasukan, dan pada hari ini merupakan penjaring terbanyak dari kalangan pemain tempatan.
Jaringan JDT turut boleh datang dari pelbagai variasi serangan termasuk dari gerakan set-pieces. Atau mungkinkah Farizal Marlias turut perlu berada di dalam senarai penjaring seperti yang dilakukan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker pada musim lalu?