Kisah Inspirasi Skuad Hoki Belgium Yang Boleh Diikuti Oleh Harimau Malaya

Harimau Malaya

Tahniah buat pasukan hoki lelaki Belgium selepas merangkul pingat emas tempoh hari. Ini adalah kejayaan besar mereka selepas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2016.

Kejayaan Belgium pada Sukan Olimpik kali ini bukan datang sekelip mata, ia adalah hasil program pembangunan yang dijalankan sejak awal 2000-an.

Program pembangunan itu semakin ditekankan setelah mereka layak ke Sukan Olimpik 2008 (tempat ke-9 keseluruhan), selepas kali terakhir layak pada tahun 1976 dan diberi nama sebagai The BeGold Program.

Persatuan Hoki Diraja Belgium (Royal Belgium Hockey Association) telah menumpukan pembangunan dari sudut sokongan fasiliti dan sains sukan untuk memastikan mereka akan menjadi pasukan terbaik dunia.

Sasaran mereka adalah memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2016.

Lantikan yang tepat itu perlu

Bagi mencapai sasaran mereka, pelan jangka pendek dan jangka panjang dirangka merangkumi aspek pembangunan fizikal pemain secara individu dan mengekalkan kestabilan kecergasan pemain.

Perkara paling menarik dalam pelan pembangunan mereka adalah melantik pengarah prestasi tinggi, Adam Commens yang bertanggungjawab mengubah dan membentuk cara pemikiran untuk menjadi juara.

Dalam usaha meningkatkan prestasi pemain, mereka didedahkan dengan analisis kelebihan dan kekurangan mereka dari sudut hubungan sesama manusia.

Mereka juga dijelaskan mengapa kelebihan dan kekurangan itu wujud dalam diri pemain, kemudian bagaimana untuk menggunakan setiap kekuatan karektor bagi membentuk pasukan yang mantap.

Ini antara aspek yang jarang ditekankan oleh jurulatih kerana kebiasaannya mereka akan fokus pada kemampuan teknikal dan taktikal pemain di padang.

Bangkit jadi juara

Perjalanan pasukan Belgium bermula pada 2009 dari kedudukan ranking ke-13 dunia. Sebagai perbandingan, Malaysia berada di ranking ke-15 pada 2010.

Pada Sukan Olimpik 2012, Belgium berjaya mendapat tempat ke-5 dan ranking mereka melonjak ke kedudukan ke-9 dunia.

Edisi Piala Dunia 2014, Belgium sekali lagi menduduki tempat ke-5 dari 16 pasukan bertanding dan ini membantu mereka naik ke tangga ke-5 ranking dunia.

Seperti sasaran awal mereka untuk memenangi pingat Olimpik pada edisi 2016, mereka berjaya merangkul pingat perak di Sukan Olimpik 2016. Ranking mereka juga terus naik menjadi tiga pasukan terbaik dunia pada 2017.

Walaupun sasaran pembangunan mereka telah tercapai, mereka tidak berhenti disitu.

Terus gagah melangkah

Sebelum bermula Sukan Olimpik 2016, mereka telah melantik jurulatih baru Shane McLeod iaitu seorang warga New Zealand yang melatih negara tersebut pada Sukan Olimpik 2012.

Sasaran mereka dengan jurulatih baru ini adalah untuk menjadi pasukan nombor satu dunia.

Pada Piala Dunia 2018, Belgium berjaya menjadi juara kejohanan. Ini adalah pencapaian terbaik mereka selepas Sukan Olimpik 2016.

Mereka menamatkan tahun 2018 sebagai pasukan ranking pertama dunia. Pencapaian yang amat memukau selepas 10 tahun program pembangunan mereka dijalankan.

Sebaik tamat kejohanan Piala Dunia 2018, ini adalah petikan kata-kata penyerang utama pasukan mereka,

“Pada 2008, kami layak ke Sukan Olimpik di Beijing, pencapaian yang besar pada ketika itu. Kami menduduki tempat ke-9 dari 12 pasukan. Lapan tahun kemudian, kami mendapat pingat perak. Pada Olimpik yang akan datang, kami akan memenangi emas.”

Maka janji itu ditunaikan pada perlawanan akhir hoki di Sukan Olimpik 2020 apabila Belgium menewaskan Australia menerusi penentuan ‘shoot-out’ selepas terikat 1-1 dalam 60 minit masa permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN