Semua peminat tahu dan sedar dengan keadaan ekonomi Barcelona pada ketika ini, apa lagi seminggu dua ini hanya kisah tentang Messi sahaja yang menghiasi media sukan seluruh dunia.
Pada ketika ini, kedudukan ekonomi Barcelona berada dalam keadaan yang sangat teruk, dan lebih teruk lagi ia turut menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat.
Masalah kewangan kelab semakin hari semakin teruk, bahkan kini Barca sudah berada ditahap yang mana mereka perlu merayu pada para pemain supaya menerima pemotongan gaji, dan turut terpaksa melepaskan beberapa pemain.
Gerard Pique admits Barcelona dressing room has been 'broken' by Lionel Messi leaving ' https://t.co/D5YDCIJkeY pic.twitter.com/CXSGGcKCyi
— myaccaclub (@myaccaclub) August 9, 2021
Khamis lalu, gergasi La Liga itu secara rasminya telah mengumumkan yang mereka tidak mampu untuk mendaftarkan Lionel Messi, kerana gagal menepati peraturan berkait kewangan yang ditetapkan oleh La Liga.
Barcelona juga pada ketika ini tidak berada di landasan terbaik mereka untuk mendaftarkan penandatanganan terbaru kelab seperti, Memphis Depay, Emerson Royal, Eric Garcia dan Sergio Aguero.
Umpama luka ditambah garam, kesemua empat pemain tersebut berkemungkinan tidak akan dapat bermain dan sekadar dibayar untuk menjalani latihan bersama sahaja.
Tidak keterlaluan untuk menganggap Barcelona ketika ini sedang berhadapan dengan kemelut terbesar dalam sejarah kelab, dan sukar untuk menggambarkan bagaimana mereka mahu menghadapi semua permasalahan yang berlaku ini.
Antara jalan yang mereka ada untuk mengurangkan kos yang keterlaluan adalah dengan mengurangkan gaji kesemua pemain yang ada, namun ia jelas bakal menjadi satu hal yang sangat berat untuk direalisasikan.
Barca harus memujuk para pemain mereka untuk menerima cadangan pemotongan gaji, dan menurut bekas anggota suruhanjaya Espai Barca yang telah meletak jawatan selepas isu berkait Messi, Jaume LIopis, hanya seorang pemain sahaja yang bersetuju dengan cadangan itu setakat ini.
Siapa seorang pemain berhati mulia itu? Siapa pemain yang sanggup bekorban demi kelangsungan kelab itu?
Pemain itu adalah Gerard Pique. Pemain centre-back yang sudah mencapai pelbagai kejayaan bersama Barca dan juga antara pemain dari era emas kelab yang masih ada sehingga hari ini.
The Laporta board member that resigned confirms that all Barcelona players refused to take a pay cut aside from Pique. https://t.co/DOHRuo5OUS
— Rafael Hernández (@RafaelH117) August 9, 2021
“Kita akan lihat sama ada Barca mampu atau tidak untuk mengurangkan gaji para pemain.”
Jelas LIopis kepada El Larguero.
“Satu-satunya pemain yang sudah bersetuju untuk menerima cadangan pemotongan gaji adalah Pique. Pemain lain, masih belum lagi.”
Tindakan yang bijak dari pemain centre-back Sepanyol itu, dengan keputusan beliau sebenarnya akan menaikkan lagi martabatnya sebagai legenda kesayangan peminat.
LIopis turut bercakap tentang Barcelona ketika beliau ditemu bual oleh salah sebuah media dari Sepanyol, AS yang mana beliau menganggap pemergian Messi merupakan latihan untuk Barca belajar mengurangkan perbelanjaan.
The Laporta board member that resigned confirms that all Barcelona players refused to take a pay cut aside from Pique. pic.twitter.com/RggzT4AG3H
— Saif Ijaz (@saifijaz_10) August 10, 2021
“Pemergian Messi merupakan contoh mudah untuk Barcelona belajar cara mengurangkan kos, ketika ada bahagian lain yang perlu dikurangkan seperti Umtiti, Coutinho atau sesiapa sahaja.”
Jelas LIopis.
“Melepaskan Matheus Fernandes memang sedikit mudah, tapi untuk membatalkan kontrak pemain berprofil tinggi, ia bolehlah dianggap satu mesej jelas kepada semua orang, kerana kalau hal ini masih berterusan, jika masih tak ada pemain lain yang mahu mengurangkan gaji, saya tak rasa Memphis boleh bermain pada hujung minggu nanti, kerana dia masih belum didaftarkan.”
Sangat menarik untuk melihat situasi yang berlaku di Nou Camp pada ketika ini, dan peminat tentunya tidak sabar untuk menantikan apa yang akan berlaku dengan kesemua empat penandatanganan baru kelab itu.
Samuel Umtiti was whistled at every time he got the ball during Barcelona's game last night. (Related to not taking a wage cut for Messi)
He went straight to the locker-room after the game & wasn’t in the group picture when the Gamper trophy was awarded.
😬😬😬 pic.twitter.com/ngO7sS86GK
— Footy Accumulators (@FootyAccums) August 9, 2021
Samuel Umtiti yang sebelum ini diletakkan dalam senarai pemain yang mahu dijual oleh kelab, menolak untuk meninggalkan kelab dan turut tidak mahu menerima cadangan pemotongan gaji.
Hasilnya, beliau telah ‘diboo’ teruk oleh para peminat ketika aksi bertemu Juventus hujung minggu lalu.
Dari awal beliau menjejak kaki masuk ke padang membawa ke setiap kali beliau memegang bola, hinggalah beliau keluar meninggalkan padang, Umtiti terus menerus menjadi mangsa para penyokong Barcelona.
Samuel Umtiti skips trophy celebrations after Barcelona fans BOO star and blame him and Coutinho for Messi exit https://t.co/2Zg2vyHxQR
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 9, 2021
Beliau dilaporkan terus masuk ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan tersebut kerana terlalu sedih dan terkesan dengan tindakan para penyokong.