Letak Jaket Penaja Di Punggung, Jawatankuasa Olimpik Brazil Akan Ambil Tindakan Ke Atas CBF

Brazil Olimpik

Jawatankuasa Olimpik Brazil (COB) berjanji pihaknya akan mengambil tindakan ke atas badan pengelola bola sepak negara itu selepas insiden pasukan bola sepak lelaki gagal menyarung jaket penaja rasmi ketika upacara penyampaian hadiah.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Yokohama tempoh hari, Brazil menewaskan Sepanyol dalam aksi yang berlarutan sehingga masa tambahan untuk muncul selaku pemenang pingat emas buat kali kedua berturut-turut.

Semua atlet Brazil yang menyertai Sukan Olimpik 2020 diwajibkan untuk menyarung jaket dan seluar berjenama Peak terutamanya ketika upacara penyampaian pingat kerana ia merupakan penaja rasmi Jawatankuasa Olimpik Brazil sejak 2017 mengggantikan Nike.

Peak adalah jenama dari syarikat pakaian sukan dari China iaitu Peak Sports Products.

Namun sewaktu menerima pingat di podium, semua pemain Brazil dilihat kekal menggunakan jersi Nike yang merupakan penaja rasmi pasukan bola sepak Brazil dan sekadar melilit jaket jenama Peak itu di pinggang mereka.

Tindakan itu nyata tidak disenangi oleh Peak dan syarikat tersebut telah membuat aduan rasmi kepada COB.

“COB tegas menolak tindakan Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dan pemain skuad kebangsaan semasa upacara penyampaian hadiah di Sukan Olimpik tempoh hari,” ujar COB dalam kenyataan rasminya.

“Selepas temasya ini berakhir, COB akan mengumumkan tindakan-tindakan yang akan diambil untuk memelihara hak Persatuan Olimpik, atlet lain dan penaja kami.”

Bagaimanapun jurucakap dari pihak CBF menjelaskan pihaknya tidak menyedari tentang isu tersebut dan tindakan pemain tidak menyarung jaket sewaktu upacara tersebut hanyalah tindakan yang tidak dirancang.

Perkembangan ini jelas menunjukan bahawa isu penajaan merupakan perkara yang amat serius yang perlu dititik beratkan oleh setiap pihak kerana ia boleh menjurus kepada isu saman, tuntutan dan sebagainya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN