Kelab Rusia Terpaksa Guna Pen Untuk Lakar Nombor Pada Jersi

Rubin Kazan

Macam mana boleh terjadi ni?

Pasukan Rusia, Rubin Kazan mengalami detik yang memalukan apabila jersi yang disarung mereka rosak ketika perlawanan diadakan.

Ketika aksi UEFA Europa Conference League (UECL) tempoh hari, Kazan berdepan dengan kelab Poland iaitu Raków Częstochowa dalam keadaan hujan.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan seri 0-0 itu, insiden luar biasa berlaku ketika perlawanan apabila jersi yang disarung oleh pemain-pemain Kazan mula mengalami kerosakan.

Menurut Footy Headlines, cetakan nama dan nombor pada belakang jersi pemain-pemain Kazan mula tertanggal. Perkara ini menyebabkan mereka bermain dengan hanya cebisan cetakan nombor dan nama sahaja.

Ada yang tertanggal terus semuanya!

Rubin Kazan
Nama pada jersi pemain Rubin Kazan yang tertanggal akibat hujan. GAMBAR: Footy Headlines

Kazan kemudiannya membuat keputusan untuk menggunakan pen penanda (marker pen) bagi melakar nombor dan nama di belakang jersi kesemua pemain yang beraksi.

Namun begitu, tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak disenangi oleh pengadil lantas Kazan diberikan pita pelekat berwarna hitam untuk menghasilkan nombor di belakang jersi mereka.

Rasa seperti waktu sekolah dulu main bola sambil nombor jersi pakai pita pelakat, kan?

Pengeluar jersi bagi Kazan iaitu Jako menerima kecaman hebat kerana dilihat tidak kompeten dalam menghasilkan jersi pasukan itu.

Ditambah pula dengan aksi diadakan ketika perlawanan UECL yang merupakan saingan ketiga Eropah memberikan imej buruk kepada kejohanan itu.

Ianya seolah-olah menggambarkan saingan UECL adalah kejohanan picisan bagi kelab-kelab Eropah.

Selepas perlawanan, Kazan melakukan lelongan kepada jersi-jersi tersebut dengan wang itu akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

Hasil daripada itu, mereka berjaya mengumpul 123 ribu Russian Rubles atau sekitar RM 7 ribu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN