Perak Akan Kekal Dengan Strategi ‘Offensive’ Walau Tak Berjaya Ledak Gol

Nana Poku Perak FC UiTM FC Liga Super 2021

Menurut pengendali sementara Perak FC, Shahril Nizam Khalil, mereka cuba bermain ‘offensive’ dalam setiap perlawanan dan ia akan kekal sebegitu berdepan Selangor FC.

Sepertinya arahan taktikal tersebut lebih kepada memakan diri berbanding membantu The Bos Gaurus memburu gol. Bermula dengan kekalahan 3-5 kepada Penang FC dan kini kekalahan 0-2 kepada pasukan tercorot, UiTM FC, ia jelas kurang menjadi.

Ini kerana, Perak tidak memiliki penyerang yang ada naluri pembunuh dan Nana Poku gagal menjadi seorang pemburu gol sejati buat mereka. Dua daripada tiga golnya ketika berdepan Penang FC pada pertengahan minggu lalu adalah menerusi penalti.

Dalam usaha untuk keluar daripada zon penyingkiran, Shahril Nizam sudah kekurangan pilihan dan perlu membuat perubahan agar Perak mampu meledak banyak gol.

Disamping meledak banyak gol, mereka berharap akan meraih tiga mata dalam baki perlawanan yang ada. Berbaki empat perlawanan, mereka perlu menang semuanya agar mata yang dikumpul mampu menyelamatkan mereka daripada tersingkir.

Lawan mereka selepas ini adalah Selangor pada 14 Ogos, diikuti Kedah (17 Ogos), Melaka United (21 Ogos) dan menutup tirai berdepan Sabah FC pada 27 Ogos.

Ujar Khairil Nizam, “Pada awalnya, saya cuba buat rombakan untuk menguatkan di bahagian pertahanan dan saya bermain secara menyerang untuk mendapatkan gol. Memang perancangan saya adalah untuk memburu jaringan gol sebelum aksi.”

“Walaupun kita bermain baik dan penguasaan bola kita juga lebih baik, tetapi kalau kita tak jaring gol, ia tak membantu kita. Yang paling mustahak adalah jaringan gol.

“Kita tiada penyudah yang baik dan percubaan tepat. Bagi saya, inilah yang penting dan kita kena perbaiki. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki dari segi penyudah penyerang kita,” ulasnya lanjut selepas tewas 0-2 kepada UiTM FC dalam sidang media.

Gol pertama UiTM FC terhasil menerusi pemain pinjaman dari KL City, Sean Gianelli yang bijak mengatasi perangkap offside untuk menahan hantaran Khairul Izuan Rosli sebelum membuat rembatan voli menewaskan penjaga gol, Azri Ghani.

Pada separuh masa kedua, pasukan tuan rumah berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-74 apabila Shafiq Al-Hafiz berjaya menyudahkan situasi bola muntah.

Ketika ditanyakan strategi berdepan Selangor, ini jawapan pengganti sementara Perak itu, “Saya akan cuba bermain ‘offensive’ juga. Kita tahu Sabtu nanti kita akan bertemu Selangor, tetapi saya tetap akan cuba bermain [dengan taktikal] ‘offensive’.

Adakah dengan penyerang yang tiada naluri pembunuh ini mampu membantu Perak untuk keluar daripada zon penyingkiran? Atau Shahril Nizam ada strategi untuk mendapatkan gol seterusnya meraih tiga mata dalam baki perlawanan mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN