Beberapa laporan pada hari ini mengesahkan Lionel Messi akan meninggalkan Barcelona kerana tidak dapat menyertai pasukan itu disebabkan peraturan kewangan La Liga yang ketat.
Ke manakah Messi akan pergi sekiranya tidak bersama Barcelona lagi? Messi perlu membuat keputusan segera kerana musim baharu liga di eropah akan bermula tidak lama lagi.
Berikut adalah tujuh kelab yang mungkin menjadi pilihan Lionel Messi jika beliau memilih meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini.
Memahami Peraturan Kawalan Ekonomi La Liga Yang Memisahkan Messi Dengan Barcelona
Paris Saint-Germain
PSG adalah salah satu kelab yang mampu mendatangkan pemain seperti Messi. Seperti ramai ketahui Messi mempunyai klausa perpindahan bernilai €700 juta sebelum ini.
Ia mungkin halangan buat PSG pada jendela perpindahan lalu, namun tidak lagi pada jendela perpidahan musim panas ini.
Pada jendela perpindahan musim panas ini, PSG juga dikenali sebagai pakar free transfer kerana kecenderungan mereka memancing pemain bintang yang telah tamat kontrak.
Paris Saint-Germain started new contacts to ask about Leo Messi situation yesterday, right after La Liga blocked new contract agreement with Barça 🔴🇦🇷 #PSG
Messi will take his time to see what happens. He turned down PSG and City approaches months ago, as he only wanted Barça.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 6, 2021
Pemain-pemain tersebut ialah Sergio Ramos (Real Madrid), Giorgio Wijnaldum (Liverpool) dan Gianluigi Donnaruma (AC Milan).
PSG sebelum ini dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak mewah kepada Messi yang juga membenarkan pemain itu beraksi di MLS bersama Inter Miami – kelab milik David Beckham.
PSG merupakan kelab dengan kemungkinan tinggi untuk disertai Messi disebabkan profil dan cita-cita kedua-duanya yang obses terhadap kejuaraan Champions League. Bergandingan dengan Neymar dan Kylian Mbappe, kehadiran Messi pasti akan menggerunkan mana-mana pasukan di Eropah.
Manchester City
Selain PSG, satu lagi pasukan yang mempunyai kekuatan kewangan dan mampu menggaji Messi ialah Manchester City. Ia pasti menarik untuk melihat Messi memperagakan kemahiran dan kemampuannya di salah sebuah liga yang dianggap paling mencabar di dunia.
Dan Messi juga mungkin tercabar untuk berbuat demikian. Perpindahan ke Etihad akan menyatukan kembali Messi dengan Pep Guardiola. Kedua-duanya adalah tunjang kekuatan generasi emas Barcelona yang pernah mendominasi eropah.
https://twitter.com/Abutii_FleXx/status/1423490662004150277
Ketibaan Messi juga amat tepat dengan aspirasi City yang mahu menghadirkan impak di Champions League, selepas skuad kendalian Guardiola dikejutkan oleh Lyon di suku akhir pertandingan tersebut pada musim ini.
Bagaimanapun Man City baru sahaja mengesahkan pembelian Jack Grealish, dan sedang giat mengejar Harry Kane. Kedua-dua pemain itu sahaja sudah memaksa City berbelanja £260 juta.
Mana-mana pasukan yang berkemampuan sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengikat Messi. Tetapi adakah Messi masih menjadi keutamaan Guardiola dan City tatkala mereka sedang membina projek baharu di Etihad?
Chelsea
Tahukah anda yang Messi sebenarnya hampir tiba di England pada 16 tahun yang lalu?Menurut wartawan bola sepak terkemuka Itali, Gianluca Di Marzio, Messi sebenarnya hampir pasti menyertai Chelsea pada 2004.
Faktor terbesar yang mendorong kepada perpindahan ini adalah kerana Jose Mourinho yang ketika itu menjadi pengurus Chelsea. Menurut Di Marzio, Mourinho jelas sekali meminati pemain tersebut.
https://twitter.com/ChelseaFCBlogs_/status/1423384799591473157
Era Mourinho di Chelsea kini sudah lama berlalu. Tetapi ini tidak bermakna kemungkinan untuk Messi menyertai Chelsea sudah terpadam.
Apatah lagi kelab London itu begitu bernafsu di pasaran pemain untuk mendapatkan sesiapa sahaja yang mampu menempatkan Chelsea sebagai kelab elit – sesuai dengan cita-cita pemilik kelab, Roman Abramovich.
Faktor kewangan bukannya masalah di Chelsea untuk membayar gaji Messi. Selepas gagal mendapatkan Erling Haaland pada musim panas ini, ketibaan Messi di Stamford Bridge secara percuma sudah pasti ibarat tonik untuk The Blues.
Manchester United
Manchester United dianggap lebih kepada pemerhati di dalam saga Messi ini, tetapi ini tidak bermakna kelab Manchester itu akan berdiam diri sekiranya mempunyai peluang untuk mendapatkan salah seorang pemain terbaik dunia itu pada hari ini.
Dari segi bajet, Manchester United adalah salah sebuah pasukan yang mampu membayar gaji pemain seperti Messi. Dan jika Messi mahu membuktikan sesuatu kepada seteru utamanya, Cristiano Ronaldo, siapakah pemain bola sepak terhebat pada era ini, maka Old Trafford adalah pilihan paling tepat untuk berbuat demikian.
Barcelona can’t afford to keep Lionel Messi and stay within Spanish football financial boundaries. This highlights the huge gap between English clubs and PSG.
Only a few clubs could sign him… PSG, Chelsea, Man City and at a push, maybe Man Utd. Incredible story. pic.twitter.com/XH1hfHegSy
— Kevin Palmer 💙 (@RealKevinPalmer) August 5, 2021
Ronaldo membina karier dan kejayaan bersama Manchester United sebelum berhijrah ke Real Madrid dan Juventus dan meraih pelbagai kejuaraan.
Dengan menyertai Manchester United, Messi berpeluang untuk membuktikan dirinya mampu untuk melakukan perkara yang sama Ronaldo pernah lakukan.
Bayern Munich
Bintang bola sepak eropah kebiasaannya akan menyertai pasukan di liga yang lebih rendah apabila mencapai usia atas 30 tahun.
Kebanyakkan dari mereka cenderung untuk menyertai kelab MLS di Amerika Syarikat, atau ke Liga Turki yang mempunyai atmosfera dan budaya bola sepak berbeza.
Bring Messi 🇦🇷 to the Allianz pic.twitter.com/tSFGm84eXP
— BG 🇲🇦 (@BayernGladiator) August 5, 2021
Kalau nak duit, pergi sahajalah ke China. Pasti banyak kelab China mahukan pemain seperti Messi.Namun demikian Bayern Munich telah membuktikan pemain berusia atas 30 boleh berjaya jika menyertai mereka.
Frank Ribert dan Arjen Robben adalah dua contoh paling nyata. Bayern juga tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji Messi.
Inter Milan
Perkhabaran Inter Milan mahu mendapatkan khidmat Lionel Messi sudah pun tersebar sejak beberapa musim lalu.
Dan jika Messi rindukan perseteruan dengan Cristiano Ronaldo, Inter Milan adalah antara destinasi yang harus dipertimbangkan pemain itu selepas meninggalkan Barcelona.
📰 — Inter Milan will try to take advantage of Barcelona's vulnerable situation and try to sign Messi on a free when his contract expires in 2021. The Italians have already prepared an incredible offer that would again make him the best paid footballer of all time. [marca, espn] pic.twitter.com/Fu6vihn2h7
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 15, 2020
Ketibaan Messi di Serie A pasti akan membuatkan nilai komersil liga itu semakin meningkat naik. Bayangkan jika Juventus memiliki Cristiano Ronaldo, Inter Milan pula memiliki Lionel Messi dalam daftar pemain mereka.
Ia seolah-olah El Klasiko telah berpindah dari Sepanyol ke Itali, dan menjadikan perseteruan Inter-Juventus ke tahap baharu.
Newell Old Boys
Newells’ Old Boys merupakan kelab bola sepak pertama yang disertai oleh Messi – walaupun tidak pernah melakukan penampilan bersama pasukan senior.
Di kelab itulah bakat Messi pertama kali dihidu oleh Barcelona satu ketika dahulu.
https://twitter.com/HighPricetag_/status/1422306641169498119
Sepanjang kariernya bersama Newell, Messi telah menjaringkan lebih 500 gol untuk pasukan akademinya. Pada usia 33 tahun, karier Messi boleh dikatakan berada di penghujung.
Ianya pasti sesuatu yang hebat untuk menamatkan apa yang dimulakan satu ketika dahulu di kelab yang sama.
Penutup
Kelab mana anda mahu Messi sertai? Nyatakan pandangan anda yang bernas. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.