Apabila Pedri atau nama sebenarnya Pedro Gonzalez Lopez tiba di Barcelona pada musim panas tahun lalu, tiada siapa yang menjangkakan pemain berusia 18 tahun ini akan menikmati musim yang cukup luar biasa.
Bermula dengan debut bersama skuad utama Barcelona dengan kemenangan 3-0 ke atas Villareal selepas dimasukkan pada minit ke-70 menggantikan Philippe Coutinho, beliau terus diberi kepercayaan oleh Ronald Koeman untuk menjadi watak utama pasukan sepanjang musim lalu.
Ia diikuti oleh aksi cemerlangnya bersama Sepanyol di kejohanan Euro 2020 dan kemudian turut dibawa ke temasya sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Skuad La Roja bakal bertemu Brazil di perlawanan akhir dan ianya merupakan perlawanan ke-73 buat Pedri hanya dalam tempoh kurang dari 12 bulan.
If Pedri plays in Spain's Olympic gold medal match, he will have played 73 games in a single season 😰
That's more than anyone else based in Europe in 2020-21. pic.twitter.com/HihkMIGRSi
— GOAL (@goal) August 4, 2021
Pernah ditanya oleh pihak media, berapa jumlah perlawanan yang telah dihadapinya, beliau sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.
“Saya rasa memang banyak,” ujar pemain yang dilahirkan di Tegueste, sebuah pekan kecil yang terletak di wilayah Santa Cruz de Tenerife – salah satu dari beberapa pulau yang membentuk Kepulauan Canary.
Menariknya, Kepulauan Canary ini terletak tidak jauh dari pesisir barat Maghribi tetapi ianya merupakan salah satu daripada 17 komuniti berautonomi di bawah pemerintahan Sepanyol yang terletak di benua Afrika – selain Cueta dan Melilla.
Sekiranya Sepanyol muncul juara di temasya ini, Pedri akan menjadi individu pertama dari Kepulauan Canary yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
83 – Pedri González 🇪🇸 has completed more passes ending in the final third than any other player in the men's football tournament at the Tokyo 2020 Olympic Games (83). He was also the player with most passes completed in final third at EURO 2020 (177). Verticality. pic.twitter.com/BD6tKPgsL6
— OptaJose (@OptaJose) August 2, 2021
“Saya pun tak sedar yang saya akan menjadi pemenang pingat emas pertama dari Tenerife. Saya berbangga dapat mewakili Kepulauan Canary.”
Selepas menang ke atas Jepun dalam aksi separuh akhir tempoh hari, Pedri mengatakan fizikalnya masih dalam keadaan baik dan berharap semua pihak tidak risaukan keadaannya.
“Ia perkara biasa untuk orang ramai mengatakan satu letih, tetapi saya dah cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup setiap kali selepas perlawanan. Kamu perlu rehat sebaik mungkin supaya boleh berikan yang terbaik untuk pasukan.”
Selaku juara bertahan, Brazil tampil dengan reputasi pasukan pilihan. Namun Pedri percaya skuad Sepanyol juga mempunyai pemain-pemain berkualiti yang mampu memberi saingan yang sengit.
Olympic Games Tokyo 2020 Gold Medal Match.
🇧🇷 Brazil vs Spain 🇪🇸
📅| Saturday, 7th August.
⏰| 1:30PM CET.It's Dani Alves vs Pedri/García! pic.twitter.com/xbKuMgmsfq
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) August 3, 2021
“Dari awal lagi saya memang nak lawan Brazil di final. Saya memang suka bermain dengan pasukan terbaik. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana mereka bermain dengan corak permainan yang menarik dan sangat teknikal.”
Pedri kerap kali dibandingkan dengan legenda Barcelona dan Sepanyol iaitu Andres Iniesta berdasarkan kemahiran beliau yang mampu mengawal bola seolah-olah bola itu melekat pada kakinya.
Kedua-dua mereka juga mempunyai banyak persamaan seperti bacaan permainan yang tajam, tempo permainan yang baik, teknik kawalan bola yang kemas, dan hantaran bola yang tepat.