Jurulatih sementara Perak FC, Shahril Nizam Khalil menganggap peluang untuk kekal di Liga Super adalah sukar tetapi secara matematik masih ada ruang untuk kekal.
Ia berikutan kekalahan 3-5 kepada Penang FC dalam aksi minggu ke-17 Liga Super 2021, di Stadium Perak, malam tadi. Perak meledak lebih dua gol – kali kedua musim ini, namun mereka dibolosi sehingga lima gol – kali ketiga dalam empat perlawanan.
Ia mungkin malam yang buruk buat mereka, tambahan pula selepas merehatkan pengendali pasukan, Chong Yee Fatt sebelum berdepan Penang FC. Ini musim bermasalah buat The Bos Gaurus bermula masalah tunggakan gaji pada Mei lalu.
Kenyataan Media PERAK FC ⚪️🟡⚫️#PerakFC#TrustTheProcess#KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr#100TahunPerak pic.twitter.com/Eya0K1ouyp
— Perak FC (@peraktbgmy) August 2, 2021
Selepas 17 perlawanan, mereka berada di kedudukan ke-11 liga dengan mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang Melaka United yang turut tewas malam tadi.
Adakah Perak akan tersingkir ke Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah sejak menyertai Liga Super 18 edisi yang lalu? Menurut Shahril Nizam ia cabaran yang sukar buat mereka, namun secara matematik, mereka masih boleh kekal di Liga Super.
“Kalau ikut matematik, masih boleh [kekal di Liga Super] tetapi memang agak sukarlah,” akuinya yang akan turut dibantu oleh lagenda Perak, Shahrulnizam Mustapha.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS17#LigaSuper2021 pic.twitter.com/X7EBV5e7RQ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 3, 2021
Jelas, ia satu tekanan tambahan buat Perak apabila mahu keluar daripada prestasi buruk disamping dalam misi memburu mata untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Jika melihatkan ‘magic points’ untuk kekal di saingan Liga Super adalah 22 mata, Perak memang masih berpeluang. Tambahan pula, mereka hanya dibezakan tiga mata untuk keluar daripada zon penyingkiran dan menolak Melaka United ke Liga Premier.
Berapakah Mata Diperlukan Pasukan Liga Super Untuk Mengelak Dari Tersingkir Ke Liga Perdana?
Dalam baki lima perlawanan, The Bos Gaurus perlu mensasarkan untuk menang sekurang-kurangnya tiga perlawanan untuk mendapatkan ‘magic points’ tersebut.
Adakah mereka boleh melakukannya? Lawan mereka adalah UiTM FC pada hujung minggu ini sebelum berdepan cabaran Selangor FC pada 14 Ogos, Kedah Darul Aman FC (17 Ogos), Melaka United (21 Ogos) dan yang terakhir, Sabah FC (27 Ogos).
Dua perlawanan di Stadium Perak mereka wajib untuk menang, sementara cuba mencuri mata dalam baki perlawanan di gelanggang lawan. Hanya ini cara untuk mereka mengelak daripada tersingkir buat kali pertama dalam sejarah mereka.
Perak @peraktbgmy TIDAK pernah tersingkir dari Liga Super Malaysia. Sehingga kini Perak telah kutip 373 perlawanan dari 17 musim MSL, tertinggi berbanding penyertaan pasukan² yang lain. #OptaJ https://t.co/dD4U8M14xj
— OptaJ (@OptaJ_Analytics) August 7, 2020
Dalam aksi malam tadi, Penang FC terlebih dahulu dilihat selesa mendahului perlawanan dengan kedudukan 4-1 sebelum Perak mempamerkan kebangkitan mendekatkan jurang gol dengan meledak dua gol untuk kedudukan 4-3.
Gol-gol Penang FC dijaringkan oleh bek tengah mereka, Rafael Vitor (tiga gol), Casagrande dan Azim Rahim, sementara gol Perak pula hasil hatrik Nana Poku.
“Kita tahu Penang FC memang bahaya dengan situasi dead ball, itu yang saya beritahu [kepada pemain]. Kita kena daripada tiga setpieces dan kita faham mereka ada tiga, empat pemain yang sangat tinggi dan kita beri gol mudah,” ujar Shahril Nizam.
“Saya rasa pemain sudah beri yang terbaik pada malam ini dan [hasilnya] kita dapat menjaringkan gol. Saya berpuas hati dengan komitmen pemain. Mereka cuba bermati-matian bermain dan kita tengok ada yang sampai menangis,” tambahnya lagi