Previu: 4 Pasukan Yang Mara Ke Separuh Akhir Sukan Olimpik

Empat pasukan yang mara ke separuh akhir Sukan Olimpik sudah disahkan semalam. Sepanyol, Brazil, Jepun dan Mexico semuanya menempah slot masing-masing untuk terus mengintai kilauan pingat.

Menjelang perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung pada 3hb Ogos, kita reviu kembali peluang empat pasukan dan kekuatan pasukan masing-masing.

Sepanyol

Ramai berkata Sepanyol belum lagi diuji sepenuhnya di Sukan Olimpik sehinggalah Ivory Coast mengheret mereka ke masa tambahan di peringkat suku akhir.

Sekurang-kurangya Sepanyol akan mengambil kira keyakinan dan keazaman yang ditampilkan di dalam perlawanan sengit menentang Ivory Coast sebagai sesuatu yang positif.

Sepanyol tiba di Tokyo dengan nama-nama besar yang beraksi di Euro 2020 seperti Pau Torres, Pedri, Dani Olmo dan juga Marco Asensio.

Skuad La Roja di Tokyo juga menampilkan pemain muda berbakat besar, Rafa Mir, yang menjaringkan hatrik menentang Ivory Coast. Rafa Mir pasti mahu mengulangi sentuhan yang sama dalam perlawanan menentang Jepun di separuh akhir nanti.

Brazil

Perjalanan Brazil di Tokyo kelihatan sedikit sukar sejak dari perlawanan peringkat kumpulan sehingga kemenangan 1-0 menentang Mesir di suku akhir pada hujung minggu ini.

Skaud Andre Jardine  bermula garang menang 4-2 ke atas Jerman, tetapi diikat 0-0 oleh Ivory Coast. Brazil bergelut sebelum mencatat kemenangan 3-1 ke atas Arab Saudi sebelum mara ke suku akhir.

Namun bagi jaguh bola sepak dunia itu, pingat emas sentiasa menjadi sasaran, apatah lagi selepas pertama kali meraih emas di Rio de Janeirio lima tahun lalu.

Dengan pemain seperti Douglas Costa, Paulinho dan Richarlison menguatkan pasukan kali ini, Brazil pasti tidak mahu Mexico menjadi penghalang buat mereka.

Japan

Pasukan tuan rumah setakat ini telah membuatkan penyokong mereka berasa bangga dengan prestasi menakjubkan sepanjang kejohanan.

Jepun menjadi satu-satunya pasukan yang menang semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Walaupun memerlukan penentuan sepakan penalti ketika menewaskan New Zealand di suku akhir, Jepun tetap yakin mampu mengembalikan prestasi terbaik mereka ketika berhadapan Sepanyol nanti.

Takefusa Kubo akan terus menjadi pemain harapan skuad Samurai, dan Sepanyol cukup masak dengan ancaman yang mampu dihadirkan oleh pemain sayap Real Madrid ini.

Mexico

Mexico pasti akan mengingati perjalanan mereka di Sukan Olimpik ini terutama kejayaan menewaskan Korea Selatan dengan jaringan 6-3 di suku akhir.

Mexico menjadi pasukan yang paling banyak menghasilkan gol dengan 14 gol semuanya, dari kalangan empat pasukan yang mara ke separuh akhir. Mereka juga mempunyai rekod pertahanan yang cemerlang juga.

Brazil mungkin dianggap sebagai pilihan. Tetapi jika prestasi semasa menjadi ukuran, Mexico juga pasti yakin mampu menang perlawanan tersebut, sekaligus berpeluang mengulangi pingat emas Sukan Olimpik yang diraih di London pada 2012.

Mexico sentiasa mempunyai motivasi dalam perlawanan menentang Brazil.

Penutup

Kempat-empat pasukan telah membuktikan bahawa mereka layak mara sejauh ini.

Siapakah pula yang akan mara ke perlawanan akhir dan memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik 2021?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN