Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel merasakan yang tiga mata ke atas Penang FC adalah satu saat yang penting buat mereka ketika melalui cabaran sukar ketika ini.
Mereka melalui cabaran sukar apabila sebahagian besar tonggak utama mereka mengalami kecederaan dan penggantungan sebelum hadir ke Stadium Bandaraya. Saat ramai menduga mereka akan tewas, sebaliknya mereka menang besar.
Membariskan skuad yang boleh dikatakan masih muda dengan hanya tiga pemain berpengalaman iaitu Khairulazhan Khalid di gawang, Syahmi Safari dan penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun, Selangor berjaya mengetepikan cabaran Penang FC.
Percaturan yang berani oleh Karsten Neitzel selepas ketiadaan beberapa tonggak membuahkan hasil apabila Selangor yang dijana tenaga muda dilihat lebih berbahaya dan bersemangat untuk menunjukkan kemampuan mereka kepada jurulatih.
Empat perlawanan berturut-turut Selangor gagal meraih tiga mata dan akhirnya, para pemain ini telah berjaya menamatkannya dengan satu kemenangan yang indah.
Selangor berjaya mengatasi Penang FC dengan keputusan 4-1 dalam aksi minggu ke-16 Liga Super dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang mata dengan lawannya.
Kali terakhir The Red Giants menang dengan jurang tiga gol dan lebih adalah pada Oktober tahun lalu ketika membenam FELDA United 6-1 dalam aksi terakhir liga.
Skuad Selangor menutup tirai kempen #CIMBLigaSuper2020 dengan bergaya selepas berjaya membelasah Felda United FC 6-1 di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi.
Baca review penuh perlawanan di ➡️ https://t.co/NevVwUkMvs#RedGiants #KitaAdalahSatu#SELFEL pic.twitter.com/iYlbEVDiPF
— Selangor FC (@selangorfc) October 11, 2020
“Kemenangan hari ini sangat penting untuk melonjak mentaliti dan semangat kami. Skuad dibarisi pemain muda, begitupun mereka menjalankan tugas dengan baik.
“Dan tuah juga memihak kepada kami apabila lawan mendapat dua penalti, satu tersasar dan satu lagi diselamatkan oleh Khairulazhan,” ulas Karsten Neitzel lanjut.
“Pada awalnya kami menghadapai masalah dengan permainan lawan kerana para pemain tidak jelas bagaimana mereka harus bermain. Kami membuat perubahan dan ia nampak lebih baik. Saya berbangga dengan pemain-pemain saya,” tegasnya lagi.
📹 HIGHLIGHTS: @fa_penang 1-4 @selangorfc
Ifedayo Omosuyi menjaringkan dua gol dan menyumbang dua bantuan gol untuk Danial Asri dan Sean Selvaraj, manakala David Rowley menjaringkan gol saguhati Penang.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/Ihjxk81LrZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2021
Selangor membuka akaun jaringan di minit ke-16 menerusi sepakan penalti yang disudahkan Ifedayo Olusegun sebelum tuan rumah bangkit mengikat kedudukan menerusi tandukan David Rowley berpunca daripada sepakan penjuru, minit ke-40.
Sebagaimana yang dikatakan Karsten Neitzel, perubahan dilakukan untuk babak kedua dan hasilnya mereka berjaya meledak jaringan pendahuluan menerusi penyerang, Danial Asri di minit ke-49, diikuti jaringan Sean Selvaraj lapan minit kemudian.
Tidak cukup dengan itu, penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun yang seperti tahu takhta penjaring terbanyak sedang diambil alih penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, akhirnya telah berjaya meledak ‘wonder gol’ di penghujung perlawanan.
KAMI MENDENGAR!
Mempersembahkan Man of The Match anda malam ini, @omosuyidayo !
2 Assists, 2 gol, 1 Ifedayo. 👑#LigaSuper2021#KitaAdalahSatu#PENSEL https://t.co/5iBlgB8rFU pic.twitter.com/7cGj98fJyO
— Selangor FC (@selangorfc) July 31, 2021
“Pada akhirnya kami berjaya meraih tiga mata dan tiga mata ini sangat penting buat kami kerana dalam aksi sebelum ini, adakalanya kami seperti boleh mendapat sesuatu seperti ketika berdepan JDT dan KL City,” tegas Karsten Neitzel.
“Kami harus kekalkan momentum ini ketika berdepan UiTM FC pada Selasa. Dengan mentaliti dan kemenangan ini, kami bersedia,” tambahnya lagi mengenainya.
Sememangnya Karsten Neitzel harus berbangga dengan kemenangan ini kerana ini merupakan kali pertama musim ini Harimau Kumbang melepaskan empat gol dalam satu perlawanan dan merupakan antara tiga kekalahan terbesar musim ini.
Penang FC adalah pasukan yang ‘liat’ untuk ditumbangkan dan mereka hanya tewas tiga kali sebelum bertemu Selangor iaitu dua kali kepada pendahulu liga, JDT dengan keputusan 0-2 dan 0-3 serta kepada KL City dengan keputusan 1-3 pada Mei lalu.